WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, July 19, 2011

MAHKAMAH TOLAK HASRAT "WANITA" TUKAR NAMA


Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan seorang lelaki yang mahu menukarkan nama dalam Mykad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina dua tahun lepas.
Ketika membacakan keputusannya, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata, permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan, dan kewujudan organ dalaman.
Mohd Ashraf Hafiz yang membuat permohonan itu pada 25 Mei lepas telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak daripada segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.
Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.


Sedih mendengar permasalahan ini. Bagaimanalah perasaan ibu yang melahirkan dan bapa yang membesarkan beliau dalam menghadapi saat-saat ini. Isu menukar jantina kemudian keluar pula soal hendak menukar nama sudah tentulah memberi pukulan yang hebat bukan sahaja kepada tuan badan, tapi orang-orang yang berada di sekililingnya


Imanshah tidak ingin menyentuh soal hukum hakam ataupun sebab musabab terjadinya permasalahan ini kerana Islam dengan jelas menghalang perbuatan ini. Bimbang perkara-perkara yang tidak baik ini menjadi ikutan kepada masyarakat kita. Semoga Allah memberikan hidayah kepada beliau dan melindungi keluarga kita daripada melakukan perbuatan yang sama.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

7 GENTA RASA:

Akmal Tajudin said...

nauzubillah....

alif haris said...

huhu ape kejadahnye la .. huu

nauzubillah~

Dinas Aldi said...

semoga Allah SWT memberikan hidayah padanya

Afida Anuar said...

Kenapa la nak lawan fitrah yang Allah dah tetapkan eh? APa la yang dia rasa...Dunia akhirat nanti kena laknat... Allahualam..

cucu umie said...

kenapalah beliau berfikiran sedemikian..

NaeBlog said...

Manusia akhir zaman...
lelaki sekarang tidak ramai... Anak2 muda ramai pula yg leka dgn pil... rokok... dadah...
Ini nak pula tukar jantina... Risaunya...

NzA said...

MasyaAllah...apa nk jadi dgn dunia skrg....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget