WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, July 16, 2011

MAHU MENJADI GURU?

Jam menunjukkan pukul 1. Imanshah belum lagi membuat keputusan sama ada akan ke UIAM atau tidak. Penat semalam pun belum habis, ada lagi satu perjuangan yang harus diharungi, iaitu Interschool Debating Championship Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Penuhkan aktiviti kami guru-guru. Jika gagal membuat keputusan sebelum 7.00 pagi esok makanya terpaksalah ke Kuala Lumpur menaiki ETS ataupun bas. Apapun empat orang pelajar Imanshah sudah berada di UIA pagi tadi. Gurunya belum lagi nampak bayang. 

Inilah hidup Imanshah sebagai guru. Guru perlu ada jiwa dan roh guru jika mahu menjadi guru yang hebat. Sebentar tadi bapa saudara Imanshah menelefon dari Kelantan memohon bantuan agar mencari kenalan Iamshah yang ada di UPSI ataupun USM. Katanya nak minta tolong masukkan ke dua-dua IPT tersebut kerana mahu jadi guru. Anaknya (sepupu Imanshah) gagal dalam permohonannya untuk menjadi guru tetapi mendapat tawran ke UM dalam bidang lain.

Susah benar nak bercakap kepada bapa saudara yang Imanshah bukan siapa-siapa. Dan tak memiliki pun kenalan di universiti. Tak tahulah kenapa ramai sungguh berminat menjadi guru sekarang ini. Adakah kerana peluang kerjaya yang cerah ataupun memang sangat meminati dunia pendidikan. Di akhirnya, takut bila mendengar ramai guru yang hanya  bekerja sebagai guru, namun bukan menjadi guru dalam erti kata sebenar. Ada beza ke dua-duanya. 

Kepada kalian yang dalam pengajian bidang pendidikan, mahupun yang bercita-cita menjadi guru, Imanshah sangat mengalu-alukan kedatangan kalian ke dalam dunia pendidikan ini. Semoga keberkatan pekerjaan itu menjadi matlamat asal dalam mengejar cita-cita. Assalamualaikum!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

Afida Anuar said...

Ohh...UIA...u saya tu... he he..

Mungkin, diaorang nak jadi cikgu ni pasai diaorang nampak saham akhirat tu...insyaAllah... betapa mulianya tugas guru ni. Saya kagum..sungguh!

gadisBunga said...

kat UIA nanti...cer tgk bus stop dkt roundabout betul2 sebelum keluar dari gate - itu hasil kerja saya masa study dulu. :)

iKhRam said...

mungkin kerana perkerjaan guru kini dianggap profesion yg dianggap terjamin kini..

tp saya percaya, tanpa roh dan minat.. tak tentu lagi kerjaya ini menjaminkan..

apapun, pekerjaan guru adalah mulia.

adrenalina said...

yg penting ikhlas dan niat yg betul ...cabaran guru sekarang semakin mencabar walaupun teknologi semakin canggih

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget