WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, July 25, 2011

MALANG TIDAK BERBAU

Dua pelajar Tingkatan Dua Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh terpaksa menanggung kesakitan hampir tujuh jam sebelum diselamatkan bomba dan penyelamat akibat cedera disengat tebuan ketika mendaki Gunung Bubu, Ulu Kenas, di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Muhammad Adli Aiman Razali dan Mohd Harith Zainudin, masing-masing berusia 14 tahun, cedera terutama di muka dan seluruh badan akibat disengat tebuan tanah sebelum dibawa turun anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, malam kelmarin.
Kedua-dua mereka yang kini dirawat di Hospital Kuala Kangsar (HKK) dilaporkan stabil dan dijangka keluar hospital hari ini. Mereka antara 26 pelajar dan tiga guru pengiring STAR yang menyertai ekspedisi berkenaan.
Menceritakan detik cemas itu, Muhammad Adli, berkata dia bersama pelajar lain termasuk guru pengiring mula mendaki gunung berkenaan kira-kira jam 9 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3 petang apabila secara tiba-tiba diserang tebuan tanah.

“Sebaik diserang, saya dan Mohd Harith lari bertempiaran serta sempat menjerit kepada rakan lain termasuk guru supaya menyelamatkan diri.“Keadaan menjadi kelam-kabut apabila masing-masing lari menyelamatkan diri.“Bagaimanapun, keadaan kembali tenang setengah jam kemudian sebelum saya diberi rawatan awal oleh guru,” katanya ketika ditemui di HKK di sini, semalam. Muhamad Adli berkata, tebuan tanah itu menyerangnya selepas dia dan Mohd Harith terpijak sarang serangga berbisa itu ketika mendaki. 

SUMBER : BERITAHARIAN


Kecoh di sekolah hari ini bila mendapat berita tentang insiden yang tidak disangka ini. Tambah terkejut beruk bila melihat keadaan pelajar ini yang bengkak mukanya. Nak buat macam mana kan, malang tak berbau. Walaupun ekspedisi ini sudah mendapat kelulusan dan sudah dimaklumkan kepada pihak-pihak yang terlibat. Alhamdulillah, semua prosedur yang diperlukan telah diikuti oleh guru penasihat. Apapun inilah cabaran 'luar jangka' yang dihadapi oleh golongan guru dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anak-anak.Harap guru yang terlibat serta guru-guru di luar sana tidak akan patah semangat dengan kejadian yang diluar jangka ini. Kadang-kadang kita juga dihambat dengan tambahan bebanan apabila ada di antara ibu bapa yang tidak berpuas hati dan akhirnya membawa isu-isu yang berbangkit ke tengah. Inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh golongan pendidik sekarang.Kepada Adli dan Harith semoga cepat sembuh dan kembali semula ke sekolah dan dapat meneruskan persekolahan kalian. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

22 GENTA RASA:

sayangsayangibu said...

kesian adik tu
kembang muka jadinya
nasib baik tak parah sangat kan?

Kalamhati said...

huhu sakit tu tebuan tanah..mmg gelepar kalu keno..

Citarasa Rinduan said...

subhanallah............

semoga mereka cepat sembuh..amin

cucu umie said...

wah kecian kot tgok muka adik tu...tapi malang tidak berbaukan..mahu bt mcm maner...

nur aisya humaira said...

waaa,sakit tu...

aisya pernah kena, tk leh tido malam...

ikan emas said...

sian budak-budak tu.
Mak bapak dia org dah tau ke ??

ikan emas said...

sian budak-budak tu.
Mak bapak dia org dah tau ke ??

sarah-najwan said...

alahai..semoga anak murid cikgu cepat sembuh..

aritu kat skol akak..ade gak sarang tebuan..besar weh..kami panggil bomba utk membuangnya..

kat skol anak akak pom sama..cepat tebuan ni buant sarang sb tgk ari selasa xde sarang..tapi esoknya..besar sarang itu..cikgu2 siap berjaga..


sengat tebuan ni jgn main2..bahaya sgt2..

Dinas Aldi said...

ya Allah, takut sungguh kejadian2 yg tak diduga macam ni..

semoga dia cepat sembuh.

soooooour said...

biasalah tu...ni la dikatakan pengalaman...

maiyah said...

assalam..

psti jd kenangan yg x dpt dilupakan :)

Acik Erna said...

memang sakit sangat tu..kesian murid tu..kena sengat dengan sekor tebuan pun dah tak tahan..
alhamdulillah..dah selamat dari bahaya.

ckLah said...

Alah...kesiannya...

Afida Anuar said...

Ni la kata malang tak berbau... apa pun alhamdulillah, selamat walaupun bengkak2 haaa muka...

adrenalina said...

kesiannya budak tu..mmg ni semua dugaan...kalau kene sengat seekor pun sakit sgt..ni kan lebih daripada seekor...sbb tu sebelum sakit kita mesti sentiasa bersyukur...

Awan Biru said...

Aduh, mesti sakit tu!
Nasib baik mereka tiada alahan teruk terhadap sengatan tebuan.

a.samad jaafar said...

saudara imanshah..

t kasih atas kunjungan saudara..

ngeri membayangkan peristiwa ni.. tebuan tanah sgt berbisa..selalu dengar org maut disengat jika tidak sempat diselamatkan..iskk..saya selalu ke ulu kenas tu kalau balik kampung..

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip bersihkan lining roof kereta

Ishhhhh benda tak dipinta jadinya.... dah nak kena.... sabooor jerrr..... harap beliau cepat sembuh

NaeBlog said...

Alhamdulillah ... Semua selamat...

adol ihsan said...

Salam..

Mudah-mudahan cepat sembuh.. takpe2, budak STAR kuat semangat belaka..

:)

alif haris said...

Syafakallah ..
kesiannye~

iKhRam said...

sangat diluar jangkaan..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget