WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, July 28, 2011

PELUPA

Makan semut agaknya. Itulah selalu yang diungkapkan oleh orang tua-tua untuk menggambarkan seseorang yang pelupa. Sejak dua menjak ini memang aku semakin pelupa. Selalu sahaj tertinggal lap top lah, kamera lah, pendrive lah dan kadang-kadang berjangkit pula dengan kunci kereta. Tergelak apabila seorang rakan menegur, "Agak-agaknya kau ni bila dah kahwin pun isteri pun lupa. Elok-elok kat pasar raya dengan isteri, balik seorang diri. Sampai rumah baru teringat yang isteri masih di pasar raya sedang membeli belah.."

Bukan apa, pagi tadi Imanshah terlupa untuk mengambil semula kertas peperiksaan percubaan yang dibawa ke hulu dan ke hilir. Tiba di perpustakaan kertas tersebut tertinggal. Puas Imanshah cari di mana letaknya soalan tersebut. hampir sepagi. Mujurlah pembantu perpustakaan menyimpannya. Jika kertas tersebut dijumpai oleh pelajar dahulu sudah tentu raya sakan mereka. Maklumlah minggu hadapan peperiksaan percubaa. Kalau setakat dikongsikan dengan rakan-rakan sekolah tu boleh lah lagi, takut tersebar satu Malaysia sebab soalan percubaan merupakan solan selaras seluruh Sekolah Berasrama Penuh seluruh negara.

Imanshah ada juga amalkan beberapa petua supaya tidak pelupa. Boleh ke kawan-kawan kongsikan tips supaya tidak mudah lupa. Imanshah ada terbaca dalam satu artikel tentang petua ulama' supaya tidak menjadi pelupa. Antaranya :

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan
      sekali rap.

2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap 
pagi.

3. Tidur awal bangun awal

4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu

5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam 


6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging


7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.


8. Buat stretching bila bangun dari tidur


9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut 


10. Elakkan lihat kemaluan dan najis


11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari


12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )


13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah
 ( wanita ketika dalam rumah).


14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar


15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.


16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.


17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

SUMBER : PARAMEDIK




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

EE said...

sblm tido ckp kat diri aku bkn pelupa...cr utk bina minda separuh sedar...

cucu umie said...

xad petualh abg iman..btw, biase ayie makan kurma and tempe jer..kismis kureng sikit..ggug

asraf osman said...
This comment has been removed by the author.
asraf osman said...

ramai remaja sekarang bercampur dengan bukan bukan muhrim tanpa keperluan.mybe sebab tu kita mudah lupa asal-usul kita.ye tak cikgu?

Suhami Ahmad said...

samalah...kadang2 atok pun pelupo

NaeBlog said...

:-)cg.Iman, janagan lupa diri sudahlah...
LUPA itu satu INGATAN dariNYA

sarah-najwan said...

huiiii..soklan BM ko..hikhik..

tq bg info tu..akak pom kade2 lupok gak..tapi xpenah mkn semut..ehehe

shetaq said...

kadang2 sikap pelupa itu ada bagusnya. kita mudah untuk melupakan kesalahan orang lain terhadap kita, dan kita juga boleh lupakan kebaikan kita terhadap orang lain,kan?

Tapi, biasanya, pelupa bisa membuatkan hidup kita huru-hara. seperti contohnya, sy terlupa amik invois sabtu lepas, jadi timbul masalah dan terpaksa ke seremban yg sejam perjalanan semata2 nak amik invois itu... huhuhuhu~

apo2pun, cara nak atasi; buat perancangan dan persediaan utk sesuatu perkara, dan banyak2kan baca Al-Quran. wallahua'lam ;-)

hani@debumelukut said...

akak ni pun pelupa..sinonim dgn usia..

gadisBunga said...

kdg2 sebab awak banyak sangat bende dalam otak tu. itu ini nak kene fikir. padahal takde la pelupa tera mana pun...

Mutiara Bernilai said...

shah, saya pun kadang terlupa jugak,,
selalu lupa letak di mana cermin mata saya :)

Afida Anuar said...

Tak pun macam ni shah, kena kawin nampaknya shah ni, supaya nanti ada isteri tolong ingatkan..suwitt dak? hehehe

blog-tips-kurus said...

no.1-apa maksud sekali RAP tu?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget