WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, July 18, 2011

PESAN IBU KEPADA ANAK


Alfatihah diucapkan kepada Allahyarham Dr Lo' Lo Mohd Ghazali yang telah kembali ke rahmatullah semalam. Semoga roh Allajyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Imanshah amat menyanjungi beberapa pesanan yang disampaikan oleh Allahyarham kepada anak-anak beliau. Mari kita ketepikan perbezaan politik dengan menghayati pesanan yang disampaikan semoga ianya menjadi pedoman kepada kita semua.
Anak kedua pasangan Aminuddin dan Allahyarhamah Lo’ Lo’, Muhammad Fawwaz, 28, berkata, ibunya sempat memberikan pesanan terakhir kepadanya dan adik beradik agar tidak meninggalkan solat, jauhi pergaulan yang terlalu bebas dan jauhi perkara yang mendatangkan zina.
“Ibu saya berpesan supaya jangan tinggalkan solat, jangan bergaul terlalu bebas dan jauhi zina,” katanya yang menunggu hari kelahiran anak pertama dan cucu kedua bagi Allahyarham Lo’ Lo’.
Selain itu, Fawwaz berkata, Arwah ibunya turut berpesan untuk meneruskan perjuangan untuk mendekatkan diri masyarakat kepada Islam.
Anak bongsu Allahyarhamah, Muhammad Farhan, 25, pula berkata, ibunya berpesan padanya agar mendalami kefahaman Islam dan ilmu agama dengan lebih mendalam.
“Ibu berpesan pada saya agar faham mengenai perjuangan dan ilmu agama serta mendekatkan masyarakat kepada Islam,” katanya yang ditemui bersama ayah dan abangnya di sini hari ini.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

gadisBunga said...

semoga rohnya dicucuri rahmat...

amin~

adol ihsan said...

Salam..

Al-fatihah..

Suhami Ahmad said...

Al-fatihah

Afida Anuar said...

Pemergian arwah sangat terkesan di hati. Kita kehilangan seorang serikandi Islam yang sangat hebat. Entah ada atau tidak pengganti arwah...Al-Fatihah...semoga Allah menempatkan arwah di kalangan hambaNya yang soleh dan solehah..Amin...


Moga dapat diambil pengajaran oleh semua dengan apa yang dinasihatkan.InsyaAllah...

NzA said...

Al-Fatihah...semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg briman...amin....

diana said...

iman...
akak tak buat apa2..
cuma pi kat google help tu dan bagitau masalah apa je.tapi bukan akak yang buat.
sebab akak tak pandai cakap omputeh..hehhe..
akak mintak fariqscorpio.com yang tolong report kan..cer contact dia kat fb..

Citarasa Rinduan said...

al fatihah atas arwah

cikgu....rasanya amsalah cikgu belum sattle..kalau ayu pandai dah lama ayu sattlekan..

IMANSHAH said...

@diana

oh ok, saya cuba

sarah-najwan said...

al fatihah utk arwah..

semoga roh arwah ditempatkan dlm kalangan org yg beriman..

cepat2 baiki blog ni..hak diana tu da ok tadi..

Eazy Izzuddin said...

AlFatihah...
semoga rohnya di cucuri rahmat..

sonata anak kancil said...

AlFatihah - semoga Allah swt mencucuri rahmatNya ke atas roh allahyarham. Amin

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget