WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, July 22, 2011

PETUA TAMBAH "CAWANGAN"

Tersipu-sipu juga kalau tanya orang yang nikah dua ni. Lelaki ni 40-an, isteri pertama dia 40-an juga, anak enam, dah besar. Isteri kedua pula 30-an, dengar cerita janda bergetah, hehehe. Nikah cara sah dan dapat izin mahkamah syariah, bukan main lari seberang.

Nak kata dia ni kaya, tak juga. Kira gaji Kadi lagi besar ler, hehehe... Tapinya dah tersurat ke atas diri dia, ada dua cawangan untuk bercucuk tanam. Dah nak masuk dua tahun berbadan dua, ops bukan badan dua, berbini dua... katanya hidupnya bahagia. Katanya, yang pentingnya hidup berpoligami adalah adil pada kedua-dua isteri.

Bagaimana Adil tu ?

Saya nak tahu juga bagaimana yang dikatakan adil itu, menurut kata-kata orang yang ada isteri dua ni. Orang tak kawin dua janganlah sibuk-sibuk nak beri komen, hehehe.

"Saya, seminggu empat hari di rumah isteri tua, tiga hari di rumah isteri muda". Kata dia.

Ohhhh gitu rupanya. Semoga jadi panduan pada lelaki yang beristeri dua atau bakal beristeri dua.

diambil dari : KADIKLUANG


Amboi, seronoknya kisah orang kahwin lebih dari satu. Dah nasib badan kan, dah berkemampuan pulak tu, maka berpoligami tak salah lah. Imanshah ada juga beberapa kenalan yang berkahwin lebih dari satu. Walaupun zahirnya nampak bahagia, namun batinnya ada juga yang tersiksa. Anak ramai, rezeki tu, namun yang tak seronoknya, poket kering. Makanya terpaksalah naik ke baitulmal bagai menebalkan muka memohon bantuan untuk anak-anak. Kat sekolah pula, kasihan lihat anak-anak terutamanya yang tinggal di asrama, agak tertekan dengan keadaan kekurangannya. Bila ditanya kawan tadi, ini takdir Allah, saya terima semuanya. Tertanya-tanya dalam diri, dah kau yang cari masalah, salahkan takdir pula..Manusia-manusia.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

sayangsayangibu said...

senangnya dalam hati
kalau beristeri 2
seperti dunia ana yang punya..

teringgat pulak lirik lagu ni.

akak no komen
sbb tak tahu lagi nasib macamana kan?

suhaila-ab said...

adil la sesangat tu...

nurkass said...

errr..tuan rumah camne pulak..hehe

Cik SHiNJU said...

Yg kawen dua tp mintak bantuan sana sini tu mmg x patut! Lainlah kalau mampu dari segi material,fizikal dan boleh berlaku adil...

Kakzakie said...

Tak ada beban, batu digalas. Masa mula menggalas memanglah rasa ringan, tapi bila dah lama mesti terasa beratnya....

THE LEKAT LEKIT STORY said...

huhuhu.. tak sanggup walau suami berkemampuan sekalipun. soal hati bkn soal duit atau harta.

Dinas Aldi said...

kat sekolah akak ada 2 orang 'bos kecik' yg beristeri 2. nak komen pun tak berani. bos la katakan.

nazira said...

Mcm2 la.. susah bila nafsu mengatasi kemampuan..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

sarah-najwan said...

igt senang ka kawen dua..
seme kena dua utk keadilan

material bolehlah adil..bini no 1 dpt kete baru..bini no 2 pun bole kete baru..sama jenis dan rega..

tapi kasih sayang yg subjektif..perasaaan..xtau nk sukat camne..

tepuk dada tanya minda la lelaki jika mahu berpoligami..xmau jd mcm cerita di atas itu..ke baitulmal sb xckup duit..anak2 kurang k/sayg..etc..kalu gtu camne??

NzA said...

nok tnyo????...adik iman ni bilo pulok nk kawin...ore lain dh pasae 2 bini dh tu.....he.he.he....

nyanyisunyi said...

ni nak tanya Iman tu bukan kata dua, satu pun belum lagi....tahun 2011 dah nak setengah tahun berlalu...cepat2 ye jgn tunggu lama2..

ibuintan said...

betul tu... mungkin bahagia diluar saja, dalam hati sapa yg tau


Iman... takkan satu pun taknak lagi!

Alif said...

smoga aku dapat setia pd yg satu..inshaAllah...

diana said...

salahkan takdir untuk menurup salah sendiri..hehehhe..
nak kawen 2 selain dari adil kena ada kemampuan jugak.bukan kemmpuan batin je..poket pun kena la tebal..
kalau sihat tubuh badan,dan benih yang subur je,tapi nak makan ayam goreng pun setahun sekali time raya saja baik jangan la nak tambah2 cawangan..

h A n Y S said...

kalau tahu tak mampu, janganlah berkahwin lbh dr 1..takut nnt anak2 jugak2 terpalit kesannya, alahai..

cikgu bilanya nak kawen?HAHAHA

-gurau je..jangan maraaa.. ;p -

cucu umie said...

adil itu pntg tapi nafkah untuk isteri pertama dan kedua perlu diutamakan juga..walopon si isteri bekerja ingt nafkah adlh tnggungan lelaki..hoho

Si DauN CeRi said...

nak buat apa2 keputusan, especially yg memberi dampak besar dlm hidup ni, kena fikir masak-masak. kalau sampai hangus pon xpe.. sebab kesan jangka panjang tu selalu dilupakan, akhirnya tu yg jadi salahkan takdir tu.. hu3

Afida Anuar said...

Shah, nanti...sorang dah la yer... he he he ...

PS: kadang2 kena tengok niat jugak nak berpoligami ni, kalau sungguh2 nak berpoligami ni kerana Allah..kerana nak membantu janda ke contohnya..insyaAllah Allah bagi kita rezeki dari arah yang tak disangka2. Allah bagi kemudahan, kesenangan.. Cuma, kalau niat sebab nafsu semata2...tu la jadinya..just from my opinion.

iKhRam said...

ukur baju pada badan sendiri.. kalau rasa mampu, teruskan.. kalau tidak sanggup, baik usah..

sebab yg jadi mangsa adalah keluarga dan diri sendiri

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget