WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, July 12, 2011

PUTERA AZAMUDDIN MOHON BONDANYA DIPENJARA


Mahkamah Tinggi di sini memberi kebenaran kepada Putera Azamuddin Shah Abdul Shah, anak saudara Sultan Selangor, memfailkan permohonan komital untuk memenjarakan bondanya sendiri kerana didakwa mengingkari perintah mahkamah.
Kebenaran itu diberikan pada 23 Jun lepas dan permohonan itu sepatutnya didengar hari ini di hadapan Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah.
Peguam Datuk Rajan Navaratnam yang mewakili Putera Azamuddin Shah memberitahu pemberita bahawa hakim menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes itu disebabkan peguam yang mewakili, Tengku Putri Arafiah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang merupakan adinda Sultan Selangor, tidak hadir ke mahkamah.
Pada 8 Jun lepas, Putera Azamuddin Shah memohon perintah komital itu kerana bondanya itu gagal menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd berjumlah RM2 juta.
Mengikut notis usul, Putera Azamuddin Shah berkata mahkamah telah membenarkan permohonannya untuk perintah pelaksanaan spesifik pada 19 April lalu dan bondanya dikehendaki menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham itu dalam tempoh lima hari selepas itu.
Bagaimanapun, beliau mendakwa bondanya sehingga kini dengan sengaja tidak berbuat demikian dan ia jelas mengingkari perintah mahkamah.
Afidavit sokongan Putera Azamuddin Shah menyatakan bahawa bondanya telah bersetuju untuk membeli kesemua 100,000 unit saham miliknya dalam syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd. – BERNAMA

Pulak, ngerinya dengor, namun sebagai pemerhati dari jauh walau tidaklah pernah mengikuti mahupun mendengar secara jelas tentang masalah yang dihadapi oleh mereka, namun Imanshah rasa sedih bila mana ibu yang melahirkan diperlakukan sebegini. Sekian..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

10 GENTA RASA:

nurkass said...

ya allah..
ape nak jadilah dgn diorang ni..haihhh

sk seri sekinchan said...

pasal duit...ibu jadi musuh...bangang punya anak...

NzA said...

aduhai...sampainya hati...

iKhRam said...

emak betul ker.. emak salah ker.. emak tetap emak..

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip tip cuci enjin kereta

Maaf dah lama aku tak ziarah blog ko lahhh... Maaf lah yerrrr...

yupppp ibu yang mengandungkan kita... hormati beliau... moga ada keberkatan dalam hidup

Afida Anuar said...

Sebab harta...

h A n Y S said...

saman ibu sendiri?? sungguh tak disangka, walau mcm mana jahat sekalipon ibu,ingat 1 lah, dia tetap ibu kita..alahai..

macam2 kes sekarang..haih..teringat kes ayah nasha aziz saman dia(nasha)..

Qamaruls said...

suasana kita dibesarkan dgn diorang tak sama. so takleh wat konklusi laa. ntah laa

amna said...

emak sendiri kot.. yang melahirkan..

Susahnya Aku said...

anak lahir tak cukup bulan dgn tarikh nikah kot??? itula akibatnya bila mengandungkan anak luar nikah sblm nikah. ooo ye, nikah tutup malu yg dipraktikkan oleh masyarakat melayu ni pun kena kaji jugak weh entah sah ker tidak nikah camtuh silap hari bulan dikira berzina seumur hidup tok khadi dan yg berkait pun sama2 dapat saham dosa. apa guna beranak-pinak ramai2 kalau sekadar dikira anak haram luar nikah sampai ke tua. syarat nikah kena bebas dari hamil dan yg tk hamil pn kena bebas tempoh edah huhu itula akibat bila agama diletak kat tapak kaki hudud&qisas jgn dikisah lagi. aku rasa malu jadi melayu. Islam melayu ni pn skadar islam ikut sultan payah la weiiii agama org melayu dulu asalnya hindu paria makan babi lg teruk dari cina! SEDIHNYA MASA UTK ORG MELAYU TERIMA HAKIKAT. MUSUH SBENAR KITA BUKAN CINA MUSUH SEBENAR KITA ADALAH MELAYU TU SENDIRI.

CINA MENGKAFIRKAN SINGAPURA YG SUATU KETIKA DULU NEGERI MELAYU MILIK MELAYU DALAM SEKELIP MATA SAJA.

TAPI MELAYU DAH LEBIH 50 TAHUN MERDEKA TAK JUGAK DAPAT MENGISLAMKAN NEGARA DIA SENDIRI... TIMBUL GEREJA TERBESAR DI ASIA ADALAH.....

KUI KUI KUI MELAYU APASAL ORG MELAYU BODOH SANGAT AH??? INI PASAL MISI BRITISH BABI DULU LAH DAH BEJAYA TERAPKAN KEBEBALAN DALAM OTAK ORG MELAYU!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget