WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, July 29, 2011

RANCANGAN ADIK DAN AL-QURAN DIBERHENTIKAN??

Dua hari lepas terbaca dalam FB YM TENGKU ASMADI yang mana syarikatnya menjadi penaja Rancangan popular berkonsepkan keagamaan di TV9 yang terpinga-pinga dengan tindakan TV9 memberhentikan serta merta Rancangan Adik & Alquran. Menurut beliau rancangan ini memiliki rating penonton yang tinggi.


Hari ini Imanshah terbaca dalam beberapa blog yang mengesahkanS rancangan ‘Adik & al-Quran’ di TV9 dihentikan pihak pengurusan  smanakala hosnya, Ustaz Zamri dipecat serta merta.Dilaporkan juga  semuanya gara-gara kelibat gambar Ustaz Zamri terlibat dengan Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tersebar meluas di internet.


______________________________________________________

Imanshah tak nak komen pasal sesuaikah Ustaz Zambri ke sana atau sebaliknya, cuma satu sahaja yang nak sentuh...Kenapalah Program yang sah-sah memberi alternatif pilihan terhadap program hiburan yang terlampau banyak di televisyen ini diberhentikan??Sedangkan program ini memberikan impak yang besar  terhadap pembelajaran Alquran dan agama  kanak-kanak.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

21 GENTA RASA:

azwa amani said...

amani suka ustaz zamri ni..sangat merendah diri

insan_marhaen said...

Begitulah kalau nafsu melebihi kewarasan akal. Dunia lebih dijunjung berbanding akhirat.

ajumohit said...

Pttla xde dh nmpk rncgan ni, skrg ni yg taranum kanak2 di tv9 gntikannya...

NuR si CiKGu RiBeNa said...

program yg baik diberhentikan..
sayangnye...

NzA said...

program yg baik diberhentikan dan bykkan program hiburan...bagus sgt la tu...biar anak2 membesar dgn hiburan..!!!!!!

Bro ahmad said...

rancangan yang baik harus diteruskan..jgn asyik hiburan semata mata hmm

luahfikiran said...

SALAM,
RANCANGAN YG AMAT BAIK DAN BERFAEDAH INI PERLU DITERUSKAN TAK KIRALAH SIAPA HOSNYA ! WALAUPUN PROGRAM INI UTK ADIK2, LF SERING MENGIKUTI PROGRAM INI.

azzey said...

rancangan ni mmg bagus...

Dinas Aldi said...

Laa, rancangan yg memberi manfaat pada golongan muda macam tu ditamatkan pulak. Tak tau nak cakap apa lagi dah..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

adik & alquran ni mmg terbaik...hmmmm x tau laaa nk komen cm ne depa ni...

ckLah said...

...jauh lebih mulia rancangan ini dari pada Kilauan Emas yang disiarkan waktu 7-9...melangkau Maghrib. Peserta pula, di usia emas belaka....

Mohamad Asyraf said...

Tidak perlu sebegitu sekali pecat. Program nih baik untuk kanak-kanak dan orang dewasa yg masih lagi x ckp ilmu dan sejarah Islam. Sudah lama saya menonton rancangan Ustaz Zamri, dia mampu menhos program sebagini. Diharap TV9 dpt menimbangnya semula.

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip rendahkan lowered kereta

eeeemmmm beginilah keadaannya jika kesemuanya ada campurtangan politik.... diharapkan rancangan yang baik harus dikekalkan... pertimbangkan lah mana yang wajar atau tidak

diana said...

tak patut sungguh..
kenapa perlu dicampur dengan hal2 politik ye??
tak kan nak kena ampu depa baru nak dapat masuk tv segala..
jahil sungguh depa...

altantuya said...

@insan_marhaen

takpelah ustaz...... dah nak bersih sangat elok le gi bersih kat rumah aji adi dan mat sabu pulak... kan dia orang2 yg hebat..... jangan kisahkan sangat duit dunia tuuuuuuuu BERSEH lagi penting.... manale tahu kot2 nak kena batang enyap hu hu hu h uu h u

whiteorange said...

rancangan ini memang bagus

Aku percaya ia akan diteruskan

cuma pihak TV sedang memBERSIHkan kekotoran yang ada dalam badan itu ... itu sahaja

Duit dia, suka dialah nak pilih siapa, pasti ramai lagi yang tidak mencampuradukkan agama dengan politik diluar sana...

Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung

Afida Anuar said...

haihh geram sungguh rasa, politik..politik..nampak sangat dabel stended. Bukankah kita punya hak nak sokong apa. Apa la yang depa takut sangat sampai dipecat begitu sekali. Takpe ustaz...bumi Allah ni luas, rezeki di mana2..insyaAllah..

h A n Y S said...

alahai..kalau betollah sebab BERSIH itu hari, tak patutlah nak campuradukkan urusan politik dengan profesion..tak adil rasanya.. T__T

NaeBlog said...

Ya ka... Patut dah tak ada... :-(
Perlu matang dan merdekakan minda
Insyaallah rezeki ada di mana2

iKhRam said...

mana yang baik ambik.. mana yang tidak baik.. buangkan..

Fariduddin El-Islam said...

xpatot rancangan ini ditutup..


sila lihat:
http://ridoma.blogspot.com/2011/07/rancangan-kegemaran-adik-al-quran.html

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget