WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, July 23, 2011

REZEKI TUPPERWARE

Benar kata orang kalau kita selalu memudahkan orang, insyaAllah Allah akan selalu memudahkan kita. Motif?? Nak cerita pasal Imanshah selalu bantu orang, tolong orang?? Ingat ALONG ka, kami nak tolong bukan ALONG. Idak, teman tak nak bercerita pasal bantuan yang selalu diberikan. Mintak ampun mintak maaf. Bukan perdana menteri mahupun menteri besar pun. Depa tu banyak duit, kenalah bagi banyak sikit bila ada bencana ke, orang susah ke. Cuma Imanshah nak bercerita dalam konteks rezeki, Imanshah selalu berlapang dada dengan setiap rezeki, kudrat mahupun ilmu untuk dikongsikan dengan insan-insan di sekitar Imanshah. Haha motif sangat kan nak bercerita pasal sumbangan kau Imanshah. Idak (sekali lagi) ianya sekadar contoh dan rasanya setiap dari kita memang senantiasa tidak lokek dalam menghulur bantuan, berkongsi pengalaman dan kepakaran bahkan meraaikan orang lain dengan memberi makan dan sebagainya.

Dan perkara yang nak Imanshah sampaikan, ialah soal rezeki. Pagi-pagi tadi  dah ada kawan yang hantar nasi dagang untuk sarapan. Maknanya Imanshah sudah jimat sarapan pagi RM 3. Kalau di tempat kerja  selalunya Imanshah akan mendapat 'tupperware" berisi makanan. Bukan sehari dua, namun dalam tempoh yang lama, iaitu bertahun-tahun. Dah tu muka kau tak malu kan, minta diaorang bawakan bekal. Tak, tak, Imanshah tak minta. Tapi apa yang nak Imanshah sampaikan ialah soal rezeki adalah ketentuan Allah. Dan sekali lagi Imanshah cukup yakin, banyaknya kita memberi, akan banyak juga kita menerima. Jika selalu kita memudahkan urusan orang lain, maka Allah juga akan selalu permudahkan urusan kita. Rasanya kawan-kawan memiliki pengalaman yang lebih hebat dari Imanshah dalam menerima rezeki yang kadang-kadang kita tak minta pun kan dan kita tak pernah terduga.

Justeru, janganlah terlalu berkira dan lokek dalam berkongsi sesuatu. Haha, dah buat dah sekali lagi. Nak bagitahu lah tu kau tu selalu berkongsi kan dengan orang lain. Imanshah hanya nak mengingatkan diri sendiri dan juga teman-teman maya mahupun anak-anak murid Imanshah. Imanshah selalu memerhatikan kawan-kawan yang jenis liat dalam belanja kawan-kawan lain. Ya lah Imanshah faham itu duit dia. Tapi kalau selalu keluar minum bersama asyik ulang orang yang sama je bayar, tak seronoklah. Tambah-tambah kalau cakap kalau selalu belanja orang nanti lambat kahwin. Boleh?? Kadang-kadang nak tergelak melihat segelintir manusia sebegini. Patutlah Imanshah lambat kahwin, duit habis belaanja kawan-kawan je. Tak kisah lah Labu.

Begitu juga soal ilmu, jangan ada yang selalu kedekut ilmu. Ilmu yanag dapat tu kalau boleh tak mahulah kongsi dengan orang lain. Nanti orang yang diajar lebih hebat dari dia. Kalau boleh nak simpan je bawah katil, bila perlu guna. Eh ada ke manusia jenis ini?? Ada, dan ramai kalau nak tahu. Rasanya tuan-tuan pun lebih arif dengan rakan sekerja kan.Apapun hidup kita sementara, insyaAllah ilmu yang bermanfaat itulah yang akan dibawa ke sana. Teringat nasi goreng 'tupperware" yang selalu dibekalkan oleh emak sewaktu kecil ke sekolah, walau hanya sekadar nasi goreng telur, namun manfaat nya dikongsikan dengan satu kelas. Alhamdulillah kenangan "tupperware"  sentiasa mekar dalam ingatan. 

“Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya. Dan memberikan rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka- sangkanya.”(At-Thalaq:2)
Teringat arwah ayah juga selain mencari rezeki dengan bertani, selau juga menjala ikan pada zaman sihatnya


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

Cheq Sue said...

what u give u get back...
jangan berkira sangat... rezeki ada di mana-mana... :)

SoLy SoLicious said...

konklusinya, kite hidup atas dunia ni sementara je..3 amaln yg sentiasa berpanjangan insyAAllah ialah doa anak soleh,ilmu yng dicurahkan, yang ke 3, sedekah......tak rugi pun kan bersedekah walau sebesar zarah...

zarazueyin said...

setuju..
sy pun ada pengalaman mcm ni

Kakzakie said...

Cikgu nak tahu setiap hari kakak pergi kerja bawa bekal dgn tupprware pemberian seseorg. Teman blogger!! jangan tak tahu. Makan ingat dia... Sebab itu setiap pagi mesti masuk blog dia kerana tupperware depan mata.... Rezeki juga kan cikgu

Kalamhati said...

kenangan semalam yang membawa kita ke hari..yang mendewasakan kita..walau ianya hanya secebis kenangan namun begitu terkesan di hati

**teringat kenangan 'nasi belauk ngan air nescafe o' yang dibekalan ke sekolah..indah

cucu umie said...

untunglah abg iman..pagi2 dh dapat makan fre..gagaga btw, itulah rezeki name..yg pntg sellu tolong orng idak menjadi mslh yg pntg jgn mengeluh..hoho

eddy syrol said...

best lah nasi dagang...haish...nak carik ni sebelum puasa...

jom terjah




BLOG EDDY SYROL PUNYA

Afida Anuar said...

InsyaAllah...lebih kurang macam ni la. Kalau seringgit kita bagi kat orang ikhlas, Allah balas balik rm 10...

moga rezeki shah murah sokmo...

PS: saya pulak selalu dengar orang kata, kalau selalu belanja orang tu cepat kawin;)..Allahualam la,jodoh semua ni pun Allah yang tentu..

- abdul hadi abdul muti - said...

yang penting ikhlas..

iKhRam said...

rezeki yg ada jgn ditolak..
musuh jgn dicari..

Hans said...

itu namanya rezeki
alhamdulillah
:-)

norfaridahanum said...

ah,bila kenangkan memori bawak bekal ke sekolah...saya rasa tua!

Citarasa Rinduan said...

nak tak?
hari2 ayu bagi tuppaware berisi.. hehehe

sonata anak kancil said...

sampai sekarang saya pun bawak bekal makanan dalam tupperware....dulu2 guna tipuware kongsi dengan kawan - sekarang dengan staf...he3x...apa yang ditulis ni - saya setuju lebih 100% (infiniti la tu ) - saya pun berpengalaman macam Imanshah juga !

rezeki saya banyak (insyaAllah pergi kepada anak2...selalu sy bermotivasi dengan anak murid )

NzA said...

siapakah org misteri itu yg slalu membawa tupperware brisi bekal pd sang jejaka ini???????????ehem..ehem...

:Cikgu Akim: said...

cikgu famous disayangi semua katakan..hehhehehe

Cik Penulis said...

Bila kita ni sentiasa berbuat baik pada orang, selamanya orang akan ingat. Alhamdulillah untuk rezeki yang diterima. Abang shah bila nak balas isi dalam tupperware tu? :P hehe

adrenalina said...

betul tu...setuju. kita tak perlu lah berkira sgt..sbb bila kita berkira sgt...hati kita pun susah... lagipun boleh eratkan hubungan silaturahim dan membuka rezeki kita...ikhlaskan hati.Insya Allah...hati akn menjadi tenang

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget