WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, July 21, 2011

SAAT-SAAT KEMATIAN



Imanshah tinggalkan sahabat-sahabat di malam jumaat ini dengan sedikit peringatan bertajuk SAAT-SAAT KEMATIAN
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. SUMBER : OHISLAM
Sudah bersedia kah kita.terlalu asyik mengejar dunia, kesibukan harian sampai terlupa menjenguk Al-Quran, kesibukan harian sampai lupa membetulkan bacaan dan rukun sembahyang, kesibukan harian sampai terlupa sujud kepada tuhan, kesibukan kerja, sering terlupa berzikir, bertahmid, bertakbir kepada tuhan. Kesibukan kerja juga sampai terlupa mencari kasih rasul dan tuhan Berpesan-pesan kepada diri sendiri sahaja.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

a kl citizen said...

Memang serba sibuk... :(

nmkhairulazlan said...

tq atas peringatan....moga kita sentiasa diberikan ruang untuk menjadi hamba yang soleh..

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
generasi nissan sentra

ketetapan Maha Suci
sentiasa kekal abadi
ketahuilah diri
dia telah pergi
walau aku masih di sini

Sudah menjadi ketetapan
Tidak sedetik terawal
tidak sedetik terlewat
Perginya tak kembali lagi

Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu.Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali. Wallahualam.

saiazuan said...

ada baca pasal saat kematian rasulullah di sini td

http://www.rangkaianislam.com/2011/02/saat-saat-kematian-rasulullah-saw.html

sedih.. takut..

p/s kalau orng yg mati kemalangan akan rasa macam ni?

peNulis SeNjA said...

takut .. huhuhu cikgu saye belum siap mati lagi

iKhRam said...

mula terfikirkan kematian..

alif haris said...

terima kasih cegu ingat mengingati sesam kita :)

cucu umie said...

terima kasih abg iman atas peringtn ini. oleh itu.. marilah sama2 bermuhasabah diri..lagipon mengigit akan kematian adlh baik..

::FAIZ FARISH:: said...

aku harap aku akan mati dalam keimanan.. mati dalam islam. dan mati sebagai hamba Allah.. dan umat Nabi Muhammad. Amin

Suhami Ahmad said...

ATok pernah baca info ni.....seramnya klu ingatkan balik

sayangsayangibu said...

sayu baca en3 nih...

makdara TERdiva said...

setiap kali baca/dgr kisah kematian, kisah2 syurga/neraka, ataupun kisah2 azab dalam kubur pasti kita akan segera mengingati mati..tp habis jer tazkirah back to normal..

lumrah manusia selalu terlupa termasuk juga saya sendiri..kerana itu kita dianjurkan berpesan2 sesama kita supaya tidak menyesal pada hari pembalasan kelak..

NzA said...

masa dpt email pringatan ttg kematian ni, akak siap2 print n tmpal kt meja sk.......bila "over2", mata jeling2 tgk kertas tu.....insaf la jap...hu.hu.hu.....

aiman fanboy k-pop said...

tapi,apakah kita akan menyedari tanda2 ini semua????

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget