WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, July 20, 2011

SAYA RELA MATI - ASHRAF @ ALEESHA


KUALA TERENGGANU – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang gagal menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana selepas ditolak Mahkamah Tinggi di sini kelmarin, mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya, tetapi tidak akan patah semangat untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.
Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak, Mohd Ashraf yang lebih mesra dipanggil Aleesha berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, beliau rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.
“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi. Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya dalam satu pertemuan di sini, semalam sambil ditemani ibu bapanya.
Mohd Ashraf membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi pada 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.
Menceritakan punca permohonannya ditolak, beliau mengakui tidak mendapat bantuan perundangan yang kukuh ketika mengemukakan permohonan, malah ketika peguam Horley Isaacs menawarkan diri membantu, pendengaran kes itu sudah sampai penghujungnya.
Berkongsi kesedihan ditanggung anaknya itu, ibu Mohd Ashraf yang mahu dikenali sebagai Mak Yah, 50, berkata masyarakat mudah melemparkan cacian kepada keluarganya tanpa memahami perasaan mereka.
Mak Yah dari Kampung Telaga Daing di sini, berkata sejak kes anaknya dilaporkan media, beliau dan suami, Abdul Aziz, 60, mendapat kritikan dan cemuhan masyarakat yang melabelkan mereka ibu bapa tidak bertanggungjawab.
“Hinaan itu sangat pedih, seolah-olah kami membelakangkan Allah dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf membuat pembedahan menukar jantina,” katanya sambil mengesat air mata dengan kain tudungnya.
Mak Yah berkata, walaupun ciri kewanitaan Mohd Ashraf dikesan sejak bayi, mereka tetap terkejut apabila mengetahui anak lelaki sulungnya itu membuat pembedahan menukar jantina di Hatyai, Thailand pada 2009.
“Ketika pembedahan itu, kami menunaikan haji di Makkah. Dia tidak pernah memberitahu ujian perubatan dan penilaian paras hormon yang dibuatnya di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur dua tahun sebelum itu.
“Disebabkan marah dan sedih dengan perbuatannya itu, kami menghalaunya dari rumah dan membakar semua baju perempuan, tetapi kami tahu dia yang bertukar menjadi perempuan selalu pulang ke rumah dan hanya tidur dalam kereta,” katanya.
Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas anggota tentera berkata, beliau selalu menekankan aspek disiplin kepada anaknya, tetapi buntu mencari jawapan masalah dihadapi Mohd Ashraf.
“Akhirnya, kami sekeluarga menerima hakikat dialami Mohd Ashraf dan tidak lagi hidup dalam penafian, tetapi kami disisihkan masyarakat.
“Mungkin masalah itu tidak serumit sekarang jika dari awal kami mendapatkan pandangan pakar berhubung keadaan Mohd Ashraf.
“Jika cara didikan dikatakan punca dia begini, kenapa dua anak angkat kami dan dua adik kandungnya tidak sedemikian,” katanya kepada bharian.com.-
SUMBER : MYNEWSHUB

Bukan niat nak mempolemikkan isu ini. Imanshah berharap ada ulama' yang dapat merungkai masalah yang dihadapi oleh Ashraf. Mana kita tahu mungkin beliau 'KHUNSA" atau sebaliknya. Permasalahan ini bukan hanya melibatkan masalah peribadi beliau, namun sudah menjadi isu agama. Sedang menunggu apakah kisah selanjutnya. Nampak kecil, namun impaknya cukup besar kepada pandangan masyarakat kita. Moga kita semua diberikan hidayah dan kekuatan untuk menyelesaikan permasalahan ini.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

h A n Y S said...

tp cikgu..kalau betul dia khunsa, kenapa dia tak utarakan dlm mahkamah? mahkamah mesti dah selidik semua ni kan..

kalau btl dia lelaki dan nak tukar jantina ke perempuan, in the future boleh bagi masalh besar..mana tau dia kahwin dgn lelaki straight yg berpegang teguh pd agama sedangkan laki tu sndri tak tahu..
dan mana tahu dia nanti duduk hostel perempuan sedangkn dia seccara fitrahnya adalh lelaki..


sekadar pandangn peribadi dr sy..
=)

Awan Biru said...

Impaknya memang besar.
Semoga kita dapat mengambil iktibar bersama. Baik buruk sesuatu perlu difikirkan dulu.

cucu umie said...

betol ckap bro.. harap2 adlh pihk yg berwajib memberi sedikit tarbiah kepada ashraf nie and merungkaikan tntg kekusutan yg dihadapi oleh ashraf....

Kalamhati said...

btul tu..kalau dia khunsa..dia perlu diberi pilihan mengikut naluri mana yg dominan dalam diri dia..

Mohamad said...

Banyak juga kes sebegini yang kita dengar, penyelasainya tidak ke mana. Yang selalu kita dengar semoga mereka berubah, namun golongan seperti ini semakin bertambah. Sama ada yang betul2 kearah perempuan atau yang sengaja mencari makan dengan cara tersebut. Bukan itu sahaja, ada juga golongan perempuan yang mahu menjadi lelaki tetapi setakat ini belum lagi saya mendengar mereka menukar jantina.

Kita harap satu jalan penyelesaian dapat di cari. Jangan pula kebuntuan mereka nanti akan mengundang masalah lain. Dan sebab mereka terjadi begitu adalah disebabkan penerimaan kita yang berbagai... Wallahuaklam

iKhRam said...

kes ni memang sgt kritikal.. bkn lg masalah peribadi tetapi mslh negara dan agama..

Miecyber said...

Harap beliau tidak berfikiran sempit...

Azmer Lias said...

huhu..xtaw nk komen apa..
yg pnting sbgai manusia, kita xleh melawan fitrah yg dh ditetapkan..

sayangsayangibu said...

kenyataan yg nyata kita tak tahu kan?

Kapten Atok said...

janganlah hina dia

adol ihsan said...

Salam..

Pasti beliau ada sebab yg tersendiri kenapa dia ambil tindakan yang sebegitu..

:)

nur aisya humaira said...

jgn sampai mahkamah bgi, akn menyusul lepas ni permohonan yg lain...

alif haris said...

hurmm btul.. kdg2 mangsa cmni dia dulu khunsa ..
papepn semoga perkara ini dpt setel dgn jayanya seblom mcm2 lg dibangkitkan..

Afida Anuar said...

hurmm...tatau nak komen apa. Terkedu baca....

tu kes yang masuk media, kes yang tak masuk...betul gak kata aisya, kalau bagi, mesti berjujuk2 permohonan menyusul lepas ni..pening2. Melawan fitrah ni, Allah laknat... Allahualam..

abu idris said...

arrayah.info - Hukuman terhadap Si Penukar Jantina Jika Dia Tidak Bertaubat

NzA said...

yg haram tetap haram ttp jika dia mmg seorg khunsa, lain cerita....

FORENSIC PATHOLOGY said...
This comment has been removed by the author.
misz aisya said...

hmm walau apa pon alasan dia, yg haram tetap haram. Jelas dalam Quran kata, haram lelaki menyerupai perempuan dan begitu sebaliknya. Apatah lagi menukar jantina.

Semoga Allah memberi hidayah kepada dia, keluarga dan kita semua. Amin. :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget