WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, July 21, 2011

SEMANGAT

Lama sungguh tidak ke sekolah, kali terakhir pada Selasa minggu lepas. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan dan Urusan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, maka sekolah terpaksa ditinggalkan. Makanya seawal jam 5.00 pagi Imanshah sudah siap mengemas rumah, membasuh baju dan juga membasuh kereta (percaya ke tak??) kerana obses untuk ke sekolah.

Sudah tentu banyak tugasan dan kerja yang menanti di sekolah. Kasihan anak-anak murid Imanshah sebab dah 8 hari Imanshah tak masuk kelas. Tambahan seminggu dari sekarang mereka akan menduduki peperiksaan percubaan (SPM) dan peperiksaan selaras 2 (tingkatan 4). Banyak lagi perkara yang tak cover terutamanya tingkatan 4.

Apapun itulah kehidupan, jika kita menginginkan sesuatu kenalah lepaskan sesuatu seketika. Dan Alhamdulillah, benda yang nak dikejar telahpun diperolehi. Dan kini Imanshah kena memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Mesti dan mesti. Selagi berdaya mereka akan dibantu memandangkan sekarang terlalu banyak persaingan untuk mendapatkan tempat di IPT. Semangat!! Semangat!!

Dengarkanlah lagu Gemuruh, Faizal Tahir ni.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

ibuintan said...

tahniah di atas kejayaan pasukan bahas... cikgunya memang hebat

selamat kembali semula ke sekolah, tentu anak2 didik amat meindui cikgunya yg ini

Afida Anuar said...

Biar benar kul 5 pagi basuh kereta!...mcm tak caye je...err

bertuah la sape2 yang dapat naik kete tu..he he he

Hana Soffelia said...

U can do it cikgu.. semangat lebh kot after dh dpt apa yg dikejar sebelum ni.. hehe

Awan Biru said...

Cari semangat yang hilang.

yatie Awang said...

selamat kembali bertugaslah kalau macam tu...dengan semangat ceriakan hari ini....

Suhami Ahmad said...

Bagus cikgu Imanshah ni....tak ramai cikgu yang berjiwa pendidik camni sekarang ni....masing2 tunggu gaji bulan je masuk

cik pulau said...

wahhh..
selamat kembali ke sekolah..^^,

nurkass said...

uiiii..
mmg bersemangat sungguh ni..emmm..leh caye ke..

Cik Cookie said...

macam cuti 2minggu gaya semangatnya.
selamat kembali.

NzA said...

InsyaAllah...kita menjalankan tugas mulia..buka suka suki nk tinggalkan kelas...

iKhRam said...

teruskan usahamu cikgu IMANSHAH

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget