WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, July 7, 2011

SEMINGGU MENUJU PENTAS FINALE

Hanya tinggal seminggu lagi sebelum pasukan bahas sekolah Bintang bakal berentap di pentas finale Piala Perdana Menteri pada 14 Julai 2011 nanti di Putrajaya International Convention Centre 
( PICC ). Dan lawan yang bakal menunggu bukan calang-calang pasukan, iaitu sebuah sekolah berasrama penuh dari bumi mahsuri, Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra (SMSAH).

Buat masa ini, persiapan rapi sedang diatur. Latihan demi latihan, perbahasan demi perbahasan dilakukan bagi memantapkan persediaan pasukan Sekolah Bintang. Petang ini juga bekas-bekas pembahas Sekolah Bintang iaitu Farid dan Harinn akan turut serta membantu menambah dan memperkemaskan persiapan. Alhamdulillah, FArid baru sahaja bercuti dari Bristol University, UK, manakala Harinn baru tamat pengajian A-level di KYUEM, Lembah BEringin dan insyaAllah akan ke United Kingdom bulan Ogos nanti. Alhamdulillah, syukur kerana para pembahas Sekolah Bintang berjaya dalam hidup mereka.

Apapun, nasihat Imanshah kepada para pembahas supaya menjaga kesihatan mereka kerana bukan senang untuk berada di pentas final, yang mana majlis akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri. Bersungguh-sungguh membuat persiapan, tapi akhirnya masalah kesihatan yang menjadi punca kegagalan. Sentiasa istiqamah, jangan lupa solat hajat dan bacaan yassin. Yalah kita dah berusaha, seterusnya biarkan Allah yang akan menentukan di mana kedudukan kita.





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

5 GENTA RASA:

mancai said...

salam singgah, semoga mendapat yang terbaik.. mudah2an insya Allah...

Haziq Janudin said...

nak tahu aturcara pembahas star minggu depan... msg kat phone ek... hee:)

wahida said...

selamat berentap para pembahas!! buat yg terbaik tau!! ingat pesan cikgu imanshah, jaga kesihatan okeh....

Far8 budak baik said...

bangga gile kot
name aku ade..
hahahaha..
tu tuu FARID>..
terasa dihargai..
hahaha =p

sonata anak kancil said...

semoga berjaya mengalahkan pasukan lawan...he3x

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget