WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, July 23, 2011

SETIA KUKORBANKAN - CORETAN BUAT CKLAH

Terbaca satu coretan di blog LAMAN MAYA CkLAH tentang arahan perpindahan beliau dari sebuah sekolah di Teluk Intan, Perak ke sekolah baru. Setelah 20 tahun menjadi sebahagian dari keluarga SMK Convent Teluk Intan, akhirnya beliau terpaksa mengikut arahan perpindahan walaupun hati begitu berat meninggalkan seluruh warga sekolah. Yalah 20 tahun bukan sedikit jasa dan pengorbannan yang dicurahkan, 2o tahun bukan satu tempoh waktu yang singkat. Banyak air mata yang tumpah, tempias air liur yang tersembur sana-sini. Ironinya, bukan sedikit suara marah, nasihat, memujuk, mengajar yang dilontarkan selama ini. Sudah tentu ramai yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Sudah pasti sudah ramai manusia yang telah dimanusiakan oleh asuhan dan dididikan seorang pendidik bernama CkLah ini.

Imanshah tabik spring pada kecekalan dan ketabahan seorang guru bernama CkLah walaupun dalam keadaan kondisi kesihatan yang tidak memuaskan, namun semangat 'dunia cikguku' begitu menebal dalam diri nya. Itulah CkLah yang saya kenali, walau belum pernah bersua di alam nyata (Ipoh-Teluk Intan tidak jauh sebenarnya), namun memiliki segala ramuan untuk dikenang sebagai murabbi yang dikasihi dan disayangi oleh setiap warga Convent. Bukan niat untuk memuji berlebihan, namun kadang-kadang sebagai seorang guru kita memerlukan contoh teladan yang baik, maka Imanshah tak segan silu untuk menjadikan beliau sebagai contoh Imanshah dalam bertatih dalam dunia pendidikan ini.

Apapun Imanshah doakan agar beliau diberi kekuatan dan ketabahan di tempat baru. Segalanya perlu dimulakan dari kosong kerana CkLah hanya berada di tempat yang sama sepanjang 20 tahun perkhidmatannya. Apapun, di penghujung bingkisan ini, ingin Imanshah nyatakan betapa  HIJRAH itu juga penting dan mempunyai hikmah serta signifikan yang tersendiri. Menerima hakikat betapa kita sebenarnya berada di ZON SELESA jika berada terlalu lama di sesuatu tempat. Akhir kata, selamat, selamat dan selamat meneruskan khidmatmu di tempat baru!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

Cik Penulis said...

Selamat berpindah. Lain tempat, lain suasananya, tapi semangat 'keguruan' mana mungkin akan pudar.

Selamat menabur jasa! Sekali bergelar guru, selamanya akan tetap dikenang sebagai guru.:)

cucu umie said...

itulah lumrah guru kdng2 abg iman.. mungkin tmpt lain lagi memerlukancklah sekrng untuk mendidik...

sonata anak kancil said...

tak lama lagi akan kedengaran Cikgu Imanshah pulak diarahkan bertukar !
get ready yer....

Dinas Aldi said...

Akak tahu CkLah akan tetap berdedikasi & cekal walau di mana sekalipun beliau bertugas :)

ckLah said...

Tap...




Tap...



Tap...



Ahhh, ada yang menitik waktu ckLah membaca entri Imanshah ni.




Errr....




Cantik 'bundut' corak polka dot untuk membungkus barang pergi berpindah tu. Kalah musang berjanggut.


Terima kasih dik...

NzA said...

itulh putaran yg perlu kita lalui trutama guru...mmg dh trmaktub ssorg guru tidak boleh lama disebuah sk krn mrk akn brada dlm zon selesa. Pertukaran memberi kita ruang dan pngalaman yg plg byk......

Afida Anuar said...

InsyaAllah...moga tempat baru memberi sinar baru... selamat bertukar sekolah CkLah...

hani@debumelukut said...

Selamat berkhidmat Cklah walau di mana sekali pun..budi mu di kenang,jasa mu tidak dilupakan.

cik pulau said...

kerjaya seorang guru memang takkan lari kan dari pindah randah..

err. bila cik pulau nak posting ni..
huhu

iKhRam said...

selalu menjenguk blog cklah..
sedihnyer hati tp kerana tugas.. terpaksa beliau turutkan..

"saya yang menurut perintah"

nurkass said...

ckLah seorang yg tabah..
insyaAllah segalanya dipermudahkan..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget