WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, July 21, 2011

SK II

Semangat memang semangat. Itu memang tak dinafikan. Namun bila datang je ke sekolah, semangat seolah-olah hilang. Sebab dan musabab?? Biasalah politik sana sini, ingat negara sahaja bergolak?? Tempat kerja yang sekangkang kera juga pun tak kurang hebatnya. Malas lah bercerita di sini. Rasanya di mana-mana pun sama. Cuma cara dan kaedahnya mungkin berbeza, tapi matlamat tetap sama.

Dapat teguran dari teman-teman. Muka Imanshah nampak letih, nampak penat. Entahlah, bukannya sakit ataupun tak cukup tidur. Bagaimana nak kembalikan seri di wajah ye?? Nak kena guna SK II ke?? Haha..Jumpa lagi, entri pendek sebab nak bereskan kerja yang menimbun. Babai



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

26 GENTA RASA:

Cik Cookie said...

SK II??
Rasanya baik tak payah.
lebih baik kepada product yang dikawalselia oleh MOH seperti Nuetrogena.

IMANSHAH said...

Cik Cookie..takdelah..saja je saya gurau..saya tak reti pakai benda2 kosmetik ni

ahmad humairi said...

SK II??

...sekolah kenangsaan tuuu????

Cik Cookie said...

Hahaha.
minum air banyak pun dah cukup.

Hana Soffelia said...

Hahaha SKII tuu.. xblh blah. xpyh pkai apa, rawatan dr dlm yg pnting. We r in same position kot skarang. mau cari smngat yg lbh sbb politik kotor berleluasa at workplace. Penat. Sedang mempositifkan diri.

nurkass said...

mang ai..SKII..dahsyat

kakcik said...

Kakcik guna sabun mandi je!

cucu umie said...

abg iman tak pyh pakailh.. grrrrr, mcm tak sesaui jer..gaga

Kakzakie said...

Keletihan dalaman akan terpancar ke muka cikgu. Pakai SKII pun kalau hati tak gumbira SKII tak mempan nak pulihkan...

h A n Y S said...

wah, sampai ke SK II..tak kalah..nak bg contoh yg mahal je ye cikgu..haha

btw, cikgu dlu siapa yg tolong settle kan domain [dot]com ni ea? terpikir nak pakai domain sndri lah.. =)

Mutiara Bernilai said...

ha..apekata blanje mutiara sk11,,heheh,,

- abdul hadi abdul muti - said...

sk II?alah,cokgu memang penat pun kan?dah lama2 nanti ok la tu. over tau beli sk II.haha

ckLah said...

...kehilangan semangat di tempat kerja yang tiba-tiba mutakhir ini turut menghilangkan semangat berblog ckLah. hmmm, memang betul.....payah nak cerita.


...tunggu ajelah job rotation yg sdg dibuat JPN ni. Dah tiba masa untuk berhijrah kot setelah 20 tahun jadi tukun.

en_me said...

bz kanns..

NzA said...

kat mana2 ada masalah dik n kt mana2 akn wujud spesis dynasor...hi....

SK 11...serik nk pakai lagi...hu.hu.hu...

Kapten Atok said...

kalau ko pakai
cutelah ko pas ni

FarhanahAdzlan said...

sk II mahal hahaha..tapi effect die biasenyer bagus..=)

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

waaaa
lepas ni hensemmm laaaa

Wassalam

Cik SHiNJU said...

SK II mahal ya ampunnnn...
Tapi kalau terbeli tu,tlg belikan saya satu yer..Tq i.a. :)

Yg saya salu buat,bangun pagi masa nak cuci muka tu selawat 3x dan sapukan air tu ke seluruh muka...

Afida Anuar said...

SK II? jangan..jangan...

kalau nak kembalikan seri wajah, baik amalkan wuduk sepanjang masa. InsyaAllah wajah akan kembali berseri2..;)

::FAIZ FARISH:: said...

kwan aku pakai bnde ni... licin muka dia

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

guna air semayang jeee..hehehe

siti murni said...

pernah guna...tapi tak lama...tak tahan lah..mahal bebenor! hehehe...

iKhRam said...

wow.. SKII
lepas ni taraf fauziah latiff la cikgu IMANSHAH sorang ni.. hahaha

DaHLia said...

konpom halus mulus lepas ni..
kalah laaa daku yg guna Simply siti jer ni..wakakaaa

adrenalina said...

senyum sahaja...tak perlu kata apa2

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget