WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, July 22, 2011

TAK MAMPU UNTUK FOLLOW SEMUA BLOG

Pertamanya rupanya dah 1000 lebih follower HOK SENGOTI. Bukan nak bercerita pasal follower. Prinsip Imanshah mudah je, kalau rasa nak follow, Imanshah sangat menghargainya. Seribu ke, dua ribu ke, malahan kalau dah dua belas ribu sekalipun, tapi kalau penulisan tak memberi kesan kepada pembaca, rasanya macam kuah tak ada garam lah kan. 

Cuma yang Imanshah rasa terkilan apabila Imanshah hanya dapat follow 300 blog sahaja. Betulkan? Ke kawan-kawan boleh follow lebih dari tu. Bagaimana caranya nak tambah bilangan blog yang boleh diikuti Imanshah tak pasti. Bukan apa Imanshah takut ada yang kata kita sombong sebab tak mahu follow blog rakan-rakan. Bukan sebab tu, dan InsyaAllah jika ada kesempatan terutamanya yang menyapa di "shoutbox" mahupun yang komen di entri, sebolah-bolehnya Imanshah akan cuba untuk membalas kunjungan kalian. 

Imanshah tinggalkan bait-bait kata ini buat semua follower dan pembaca setia HOK SENGOTI.

Terima kasih sahabat
Kerana mengizinkan aku berteduh
Di bawah payung kasihmu
Merelakan aku menyulam mesra
Dalam benang persahabatan
Membiarkan aku mewarnai catatan memori
Pada kertas kenangan
Terima kasih
Kerana mengibarkan  panji untukku
Berlindung dari hujan kebimbangan
Menadah perahu setia
Untukku melayar duka
Dari luka yang tidak terhingga...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

Qamaruls said...

boleh lebih dari 300 man..

tapi org yg kou nak follow tu kene ade "google friend connect" laa macam kou punyer kat atas tue.
pastu kite klik kat situ

cuba kou try leh x?
update aku nti

maiyah said...

assalam..

wah.. tahniah, ye ke bleh 300 je.. agaknya sy blum sampai 300 lg memfollow blog lagi

cucu umie said...

seriously ayie rase abg iman boleh follow lebih dripada 300.. yg pntg abg iman tekan jer button follow dekt blog diorng tu.. better ikot care qamarul ajar tu

aiman fanboy k-pop said...

aiman pon begitu..adew yg boleh follow blog diorg....ada yg tak boleh..heehee..^^....kbnyakkan dioirg tak show link......

aRoL said...

betul ke bleh follow takat 300 orang je, rasa cam boleh lebih kot..

sonata anak kancil said...

sama lah juga...saya pun tak boleh follow - tak reti lah!

IMANSHAH said...

jakun tol..boleh ke..adoya..tipah tertipu kanz

IMANSHAH said...

mujo ada entri ni kalau tak memang aku tak tahu

Kalamhati said...

terima kasih kembali..=)

Afida Anuar said...

A'aa, sama la..eh bukan sama follower, follower saya tak seramai shah;)...sama dari segi.. boleh follow up to 300 je..he he

saya unfollow balik blog2 yang dah mcm tak bernyawa, banyak jugak rupanya bila dibuka2...pastu follow balik sahabat2 yang baru follow saya tu..

h A n Y S said...

wah~dah seribuuu.. tahniah cikgu.. ;D

btw, ramainya follower tak menunjukkan yg blog kita ramai pembaca drp follower sndri..sedihkan? tp xpe.. teroskan menulis dan teros menulis! XD

Suhami Ahmad said...

ado follow atok tak tu? huhu

iKhRam said...

rasanya semua orang faham..
bukan mudah nak puaskan hati semua orang.. huhuhu

NzA said...

trkdg yg follo kt blog xtinggalkan jejak or link...2 hok susoh nk cr....

sarah-najwan said...

tahniah sb da cecah 1008 skrg..
akak pom xtau bole folo lebih 300 atu tak.hehe

WiE said...

singgah disini.. salam persahabatan..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget