WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, July 23, 2011

TETAMU

Pernah tak korang rasa kurang selesa dengan kehadiran seseorang? Imanshah jenis yang payah untuk menunjukkan ketidakselesaan kepada seseorang. Apatah lagi tetamu yang datang. Nak tak nak terpaksa kita melayan dengan sebaik mungkin. Hipokrit ke kita? Dalam islam hukumnya berdosa jika kita tidak melayan tetamu yang bertandang ke rumah kita. Perlu untuk melayan dengan baik dan bermanis muka.

Apabila Imanshah teringat tentang hukum melayan tetamu, Imanshah sebaik mungkin cuba untuk melayan tetamu yang datang bertandang dengan sehabis baik. Bukan apa, kadang-kadang sejarah yang lampau menyebabkan kita serik untuk menerima kehadirannya. Sejarah apa, biarlah ianya menjadi kenangan lalu. Malam ini seorang sahabat Imanshah dari Pulau Pinang bercadang menumpang tidur di rumah kerana ada urusan di Tapah. Tak palah, jika kita sering memberi pertolongan kepada orang lain, yakni memudahkan urusannya, InsyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita nanti.

Apapun, selalunya Imanshah akan berhati-hati kerana yalah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Imanshah jauhkan segala prasangka buruk dengan harapan sahabat ini sudahpun berubah. Manusia boleh berubah menjadi lebih baik. Itulah yang Imanshah pegang. Rasululullah pun pada zaman memulakan penyebaran agama Islam, memegang prinsip betapa manusia harus didakwah dengan penuh hikmah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

EE said...

tgk gmbr tu teringat cerita laskar pelangi...

W said...

sentiasa berhati-hati tapi elakkan syak wasangka. :)

cucu umie said...

incya-Allah abg iman bersangka baik shje..

yatie Awang said...

InsyaAllah...tak ada apa2 akan berlaku, itu yg harus kita fikirkan...

Suhami Ahmad said...

wah, sahabat masa kecik dulu ka?

sonata anak kancil said...

try be positive

AzwanRamli said...

sengoti......

- abdul hadi abdul muti - said...

dia pernah buat ape kat cikgu dulu-dulu??

ibuintan said...

bagus iman.. bersangka baik lah bahawa setiap manusia akan berubah akhirnya

h A n Y S said...

ayat entri ni mcm dia pernah buat suatu perkara yg cikgu tak suka je.. hm, takpe lah, prasangka baik..insyaallah takde apa.. =)

Azmi said...

tak pe lah man...
moga Allah melindungi

iKhRam said...

buat baik berpada-pada
buat jahat jgn sekali..

layan la tetamu dgn baik
sebab ada rezeki pada setiap satunya

huhu..
selamat berhujung minggu yer cikgu imanshah

muhamad hanif said...

hai,

saya tetamu dari johor.



AHAHAHAHAHHA

Dinas Aldi said...

mungkin tetamu tu dah berubah sikap, jadi lebih baik? semoga begitulah, sama2 kita doakan.

NzA said...

buat baik berpada2, buat jahat jgn skali.....

ahmad humairi said...

ini mesti kes hilang barang....berhati-hati, itu medti.

adrenalina said...

mungkin kalau dah tak dpt tahan sgt...berterus-teranglah dgn org itu spy dia tahu ...dan spy kita tak perlu lagi berhipokrit... mgkin dia akan sedar akan kesalahannya selepas itu...kebenaran itu pahit..tapi pahit itu ubatnya

sarah-najwan said...

xpe cikgu...anggap shj tetamu yg dtg membawa rezeki kpd kita..xkiralah sapa..

Cik Penulis said...

Pernah jugak rasa tak selesa tapi tetamu kan pembawa rezeki. Walaupun macam tu, tetap kena hati-hati. :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget