WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, July 29, 2011

TUA SEBELUM USIA

Hari kosong tanpa idea. Etahlah, rasanya penat otak lebih perit dari penat fizikal. Bukan tak bernafsu pada blog ataupun menziarahi blog kawan-kawan semua. Sindrom tua sebelum usia agak-agaknya seusai kot diberikan kepada saya. BElum masuk 35 pun dah penat, mengalahkan orang tua. Begitulah bebelan seorang guru veteren di sekolah Imanshah yang lagaknya sentiasa cergas dalam apa jua tindakan. Hati selalu berdetik, macam mana ya nak kerja lagi 28 tahun, tapi selalu mengeluh penat.

Tak mengapalah, sebuah  seloka buat hiburan petang menggambarkan kepenatan Imanshah

Nasib, nasib
Mahu menjadi guru, berbakti tanpa ragu
Menyampaikan selautan ilmu
Untuk mereka yang dahagakan kasih guru

Namun
Semakin hari bukan semakin sayang
Semakin hari bukan bertambah girang
Ada saja yang tidak kena
Gelabah peneraju yang tak semena-mena
Buat ini salah
Buat itu salah
Asyik-asyik  kena marah

Semua orang kena kerja
Semua pelajar mesti dapat A
Semua orang kena usaha
Tidak kira siang malam atau senja
Jangan ada sesiapa yang terleka
Result teruk sendiri lah kena

Bukan bersungut soal kerja
Memang itu tanggungjawab dan amanah kita
Tanpa lepas semuanya akan ditanya
Di dunia dan diakhirat juga
Namun, 
Ibarat bekerja dalam satu pasukan
Sememangnya perlu bertolong-tolongan
Tanggungjawab dan amanah ditinggal jangan
Cuma perlukan sedikit penghargaan
Dan waktu lelah dilepaskan
Usah gelabah dan menekan-nekan
Sehingga hilang semangat dan keseronokan
Hilang sabar dan hilang keyakinan
Untuk berkhidmat dengan lebih tenang..


IPOH, 5.30 pm




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

7 GENTA RASA:

sharifahzakiah said...

bkpo jadi lagu ni ?? huhu sbr2 :)

Kalamhati said...

kiut mokcik tu!hehe

adrenalina said...

sangat kene ....=)

IkhAnif said...

tergoda tengok makcik tu..hehehe

NzA said...

itulh kehidupan yg perlu kita lalui...ada kala seronok, ada kala penat, ada kala enjoy n ada kala ingin berhenti serta merta...

cutenyo mokcik....

Afzainizam said...

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip rendahkan lowered kereta

Afida Anuar said...

he he...shah shah..dah tua yer...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget