WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, July 14, 2011

UKHUWWAH

Tengah rancak membuat perbincangan terakhir untuk finale bahas Piala Perdana Menteri esok. Alhamdulillah, hati begitu teruja dan gembira melihat bekas-bekas pembahas antara tahun 2006-2010 turut turun memberi sokongan moral dan bantuan pengalaman sebagai pembahas dahulu. Ada yang baru menjejaki kaki ke menara gading, ada juga yang sudah lama di universiti, bahkan ada yang pulang dari luar negara semata-mata untuk membantu pasukan (sedang bercuti). Hubungan kekeluargaan yang terjalin begitu kukuh antara mereka sungguh mengharukan. Terima kasih buat semua, semoga kejayaan milik kita.


Beginilah perbincangan kami

Pagi tadi juga berlangsung raptai final selama 5 jam. Lama sungguh, almaklumlah pertandingan dijalankan di PICC dan dihadiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Semuanya mesti lancar dan sempurna. Apapun Imanshah sertakan beberapa keping gambar sesi raptai pagi tadi. Bukan selalu peristiwa hebat berlaku dalam hidup, dan semoga peristiwa ini akan menjadi sejarah yang terhebat dalam hidup kami.






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

Kakzakie said...

Dari sinar mata mereka sungguh jelas terpancar mereka amat berkebolehan cikgu. Moga berjaya. Insya-Allah kakak doakan...

nurkass said...

wahh..bestnye..gud luck..

Pencacai Alim said...

hebat2...gud luck

NzA said...

insyaAllah, gud luck.

alif haris said...

dah lama tak tgk bahas .. hehe ..
panas2 .. ^^

Cik SHiNJU said...

Saya di Putrajaya ptg tadi..
X lalu plak kat PICC tu..Biasanya lalu sbb balik kota warisan ikut dengkil..

Afida Anuar said...

Shah,dalam duk diskas2 tu... sempat lagi blog hok sengoti terpampang tu....memang blogger tegar ni;)

Semoga sukses!

~Insan Biasa~ said...

semoga berjaya!!

teacher bonda said...

hebat!anak kwn sy a.k.a ex student sy ada gak kt mjlis tu. tp wat persembahan je..:)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget