WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, July 4, 2011

YINGLUCK BAKAL PERDANA MENTERI WANITA PERTAMA THAILAND


Yingluck Shinawatra bakal menjadi Perdana Menteri Wanita pertama dalam sejarah politik Thailand selepas parti pimpinannya, Puea Thai memenangi pilihan raya Thailand.
Parti Puea Thai memperoleh 264 kerusi menewaskan parti Demokrat pimpinan Abhisit Vejjajiva yang mendapat 160 undi.
Yingluck, 44 tahun, yang merupakan adik bongsu kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, dalam ucapan selepas pengumuman kemenangan itu berjanji akan mengotakan janji semasa kempen pilihan raya.
Beliau juga berjanji tidak akan mengecewakan penduduk Thailand di atas kepercayaan yang diberikan kepada partinya.
Politik Thailand mula bergolak selepas Thaksin Shinawatra digulingkan oleh tentera pada 2006.
Thaksin kini hidup dalam buangan di Dubai.




Tahniah buat YingLuck yang telah berjaya mencatatkan sejarah tersendiri di Thailand, membuktikan kepimpinan wanita juga turut diterima di Asia Tenggara. Yingluck menyertai beberapa pemimpin wanita lain di Asia Tenggara dan di dunia sebenarnya sebagai ketua negara seperti Megawati di Indonesia, Aroyo dan Aquino di Filipina. Diharapkan dengan kemenangan ini, Thailand akan kembali aman dan tidak lagi berlaku rusuhan yang bukan sahaja membahayakan nyawa rakyat, bahkan melumpuhkan ekonomi Thailand.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

cucu umie said...

kat thailand dah ad perdana menteri wanita pertama?? dekat malaysia bila ea?? boleh ker masyrkt menerima kalo perkara itu berlaku..huhu

kakcik said...

Malaysia bila lagi? ;-)

nurkass said...

aha..
baru baca paper tadi..
harap takdelah rusuhan lepas ni..

NzA said...

moga pergolakan mrk brakhir n umat islam di selatan thailand hidup lbh aman.....amin.

My Little Diary said...

nama dia luck... mesti ada ong lah ni..

zarazueyin said...

moga nasib umat islam di selatan thai lebih terbela

Afida Anuar said...

Jiran sebelah dah bertukar pemimpin baru..kita bila lagi?err;)

ckLah said...

Kemenangan tipis...sukar juga dia nak mentadbir dalam kerajaan campuran nanti...

alif haris said...

woah pmpuan jadi pemimpin .. hoho

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget