WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, August 3, 2011

ANAK IKAN SOROTI NALURI SEORANG GAY


Penerbti filem konstroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 50, akan membawa rakyat Malaysia menyusuri kehidupan seorang gay melalui filem terbarunya,‘Anak Ikan’, sebuah skrip cerita yang diadaptasi dari cerpen oleh penulis, Ajami Hashim.
Walaupun agak berbeza dengan  filem kontroversi ‘….Dalam Botol’, filem Anak Ikan ini dijangka meraih publisiti yang sama sepertinya yang mana ia lebih menonjolkan tentang naluri, isi hati dan perasaan seorang gay.
“Kalau nak ikutkan, istilah ‘anak ikan’ itu membawa maksud lelaki muda yang menjalinkan hubungan cinta dan seks dengan lelaki yang lebih tua dari mereka.
“Tetapi kisah anak ikan dalam filem saya ini berbeza sama sekali yang mana ia tetap mengisahkan seorang lelaki gay. Tetapi, seorang lelaki yang memendamkan perasan dan hatinyanya sahaja tanpa diketahui oleh rakan baiknya sendiri yang kebetulan memang seorang lelaki yang ‘straight’.
“Lelaki gay ini ada hati terhadap rakan baiknya itu tetapi memendamnya. Dalam masa yang sama lelaki gay ini ada membela seekor anak ikan (betul-betul ikan). Namun, apabila meninggal dunia, tinggallah anak ikan belaannya itu bersama rakan baiknya itu tadi,” kata Ajami yang dipetik dari laman web murai.com.my hari ini.
Bagaimanapun, menurut beliau, tiada adegan panas di dalam filem tersebut demi menghormati sensitiviti orang Melayu dan kredibilitinya sebagai seorang penulis skrip yang beretika.
“Saya boleh kata skrip saya bersih. Tiada perubahan seksual yang dilakukan oleh lelaki gay seperti yang berlaku di … Dalam Botol. Ini kerana ia lebih tertumpu kepada mendalami hati dan perasaan seorang lelaki gay,” tambahnya kepada laman web yang sama.
Ajami turut menerangkan bahawa beliau ada menyelitkan sedikit fantasi di dalam menghayati dan memberi kelainan kepada merungkaikan persoalan mengenai misteri yang menyelubungi lelaki yang bergelar homoseksual. SUMBER : MYNEWSHUB


Seperti mana filem kontreversinya yang terdahulu..Dalam Botol..Imanshah memberi pandangan yang sama. Filem ini tidak perlu. Tidak adakah idea yang lebih "straight" untuk dihasilkan. Jangan pula ada suara-suara inilah kebebasan berkarya dan kebebasan asasi dalam membuat filem. Bukan kerana kita melayu atau kita dilatari dengan budaya ketimuran, tetapi kita merupakan umat Islam. Walaupun tidak dinafikan sememangnya ada dalam kalangan lelaki-lelaki yang memiliki naluri songsang, namun usahlah kita menterjemahkan naluri mereka ke dalam bentuk filem yang akhirnya menjadi tontonan rakyat malaysia. Noktah!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

33 GENTA RASA:

Eazy Izzuddin said...

hah?
anak ikan?
ooo baru tahu...
;P

NzA said...

si 'raja A" ni suka buat cerita yg menimbulkan konstroversi....

Aman Ibrahim said...

Adeh~ kontroversinya cerita..
terlalu bebas berkarya atau hendak mendedahkan sesuatu yg realiti kpd rakyat..

Aman x tau nak komen apa lagi~

Afida Anuar said...

Alahaiii, takde ke kat malaysia ni orang nak buat filem ..macam transformers ke.. harry potter ke..errr;)

Kalamhati said...

Kelainan bagi dia tp kemuakan dan kejelikan bagi kita..huhu masih kekal dgn identiti 'panas' dia..huhu

insan_marhaen said...

Kita lihat dulu sejauhmana hasil karyanya.

saiazuan said...

geli pulak nak tgk.. huhu

Azham Vosovic said...

Rasanya bagi pihak penerbit, filem bertemakan seksualiti seseorang itu senang laku, dan mudah dijual...tambah2 kalau buat pasal golongan homoseksual... entah la, sy ni bukannya org filem pon hehehe

Alang Ridhwan said...

rasa macam tak payah kot benda2 camnih untuk di pertontonkan. biaq pi depa la nak jadi gay ka apa, yang penting, nak menguatkan keimanan dan ketakwaan itu lebih utama. macam2 hal berlaku sekarang, kot pas nih ada cerita lesbian, 3some versi melayu pulak. nak buat apa? banyak lagi benda yang boleh diketengahkan..

MR. SYAH said...

buatlh filem thriller baru best.. filem2 mcm ni membosankn dan mengarut.. masih xberubah..

- abdul hadi abdul muti - said...

kontoversi sangat..

My Life's Journey said...

Harap industri perfileman malaysia akan mencuba bende yang baru n banyakkkan thrilerrrrr yeayyyyy :)

Rozuan Ismail said...

x sabar nak tengok filem ini

nur aisya humaira said...

aisya tk pernh tgk filem2 tu sume..:)

raja azmi punye karya macam selalu je kontroversi...

Si Budak said...

setuju
tak perlu pun benda2 ni semua..
tak perlu....

cucu umie said...

btol ckap abg iman..rasenya tidak perlu kerana ini akan menyebabkan mereka yg pergi tgok akan menilai diri mereka..iashhh

iKhRam said...

noktah. filem ni utk siapa sebenarnya?

Hans said...

raja azmi nih tak ada idea nak buat filem lebih bagus ke?
adoiiii

asraf osman said...

aku btol2x tak paham ngan raja azmi!dia sakit pe asyk wat filem cmtu??=_="

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

pas ni anak ayam lak hehehe

Ezay Hadry said...

Raja Azmi ni selalu je buat2 cerita kontroversi camni..adehh jangan bagi alasan nak kebebasan hak manusie dah ler..
mak ikan, bapak ikan takde??

Suhami Ahmad said...

ntah apa2 Raja Azmi ni...saja cari publisiti murahan dan mencetuskan kontroversi

hani@debumelukut said...

tak faham betul lah..may be mentaliti kita ni berbeza sgt dari mentaliti dia kot.

sahromnasrudin said...

apa beza dgn haruan mkn anak huhuhhhhh

sarah-najwan said...

alahai...kita tggu tgk la nati citer dia...

Edy Fee said...

cantik pic ikan tu.
hurmm makin buk citer gay kuar
but takde la dpt smbtan sangt

gadisBunga said...

dah mcm menggalakkan kita faham perasaan depa pulak.

no need lah~

wahida said...

raja azmi ni mcm2 lah!!
cukup tak setuju dgn filem2 yg dihasilkan...tak sesuai okeh...

BM said...

entah apa2 da..
macam tak de modal nak buat filem dah gamaknya

Mutiara Bernilai said...

kenapa nak faham n cuba mengerti yang gay?

faham atau tak, ia tetap salah kan?

Solihin Zubir said...

bela anak ikan yg betul2 ikan? haha.. yg tu mcm lawak ja..

Cik SHiNJU said...

ish..mcm2 la dia tu kan..
nak wat filem kontroversi jek..
filem semer x laku tp still gak nak buat..

Cik Penulis said...

Saya setuju dengan abang! Tak perlu lah semua ni. Lebih mendatangkan keburukkan ada la.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget