WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, August 11, 2011

ANONYMOUS LANCARKAN OPERASI MEMUSNAHKAN LAMAN SOSIAL FACEBOOK


Nampaknya Anonymous sekali lagi menggemparkan dunia siber apabila kenyataan dari mereka yang akan melancarkan Operasi Facebook melalui mesej dalam video diYoutube. Menurut mesej yang Anonymous sampaikan, mereka sangat marah kerana sekarang kebanyakkan orang ramai di dunia ini menghabiskan masa di Facebooksahaja. Anonymous mahukan orang ramai kembali hidup di alam yang nyata dan bukan bersembunyi di sebalik  Facebook sahaja. Apakah tujuan mereka sebenarnya terhadap Operasi Facebook ini? Adakah kaitan dengan Laman Sosial Anon Plus yang diumumkan tempoh hari?

Anonymous juga mengatakan mereka berang dengan sekuriti identiti pengguna Facebook yang amat terdedah kepada umum dan begitu mudah untuk digodam oleh sesiapa sahaja dan Facebook sejak kebelakangan ini sering mengundang masalah kepada dunia. Kalau ikutkan mesej dari Anonymous, mereka bukan setakat nak godam Facebook ini, mereka akan musnahkan Facebook dari alam siber ini.

Operasi Facebook ini akan dilakukan pada 5 November 2012 dan Operasi ini hanyalah rancangan segelintir dari ahli Anonymous dan ada juga ahli yang lain tidak bersetuju dengan tindakan ini. Ada kemugkinan Operasi Facebook ini akan dibatalkan atau sebaliknya? Jadi, kita sebagai salah seorang dari pengguna Facebook, berhati-hatilah dan sila backup fail-fail atau gambar di dalam akaun Facebook anda.

Anonymous : “Facebook terus mengatakan bahawa ia memberikan pengguna pilihan, tetapi itu benar-benar palsu. Ia memberikan pengguna ilusi dan menyembunyikan butiran dari mereka “untuk kebaikan mereka” manakala mereka kemudian membuat berjuta-juta kira anda. Apabila perkhidmatan “percuma,” ia benar-benar bermakna mereka sedang membuat duit anda dan maklumat anda…”



Untuk maklumat lanjut sila rujuk :RILEKSLAH.COM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

3 GENTA RASA:

IkhAnif said...

hasudah...punoh lagunie..grrr...

insan_marhaen said...

Perang alam siber rupanya lebih dasyat dari perang alam nyata...

NzA said...

org trlebih pndai trkdg menyusahkan hidup org lain....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget