WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, August 26, 2011

BERPISAH KITA HARI INI WARGA SEKOLAH BINTANG

Tiba masanya, cuti menjengah jua. Hari terakhir di sekolah, bermaafan sesama warga, yang muda disayangi, yang tua dihormati. Tatkala si kecil menghulurkan tangan, keampunan dipohonkan. Sempat membisikkan pesanan, agar selamat di jalanan, mercun, meriam usah jadi teman, dalam menyambut hari lebaran.


Bagi sesama rakan sekerja, bermaafan menjelang raya. Tersingkuh rasa, tercalar jiwa, mungkin ada terkasar bahasa, dalam melayari persahabatan bersama. Hanya doa dan pelukan diberikan, moga tiap kekhilafan diampunkan, bagi yang ingin meneruskan perjalanan, pulang ke desa dan kampung halaman, memandu berhemah jadi amalan, semoga ingat kepada yang tersayang.



Kepada selurauh warga Sekolah Bintang
 Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin..

Kepada rakan-rakan blogger : tunggu na, belum lagi ucapan nak diberi..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

kakcik said...

Selamat hari raya IS. Bila nak balik ke kampung? Hati2 di jalanraya dan di mana jua, ya. :)

cucu umie said...

apcal lambt plak abg iman nak ucapkan dekt blogger selamat hari raya nie.heheeh

IMANSHAH said...

@kakcik

Esok balik kakcik

IMANSHAH said...

@cucu umie

petang ni ucap le..hehe

ckLah said...

Hari ni ckLah hulur tangan tanpa perasaan masa berbaris macam ni. Ater, sorang pun ckLah tak kenal...tak de le nak peluk2 dan nangis2 mcm cikgu lain....

Selamat pulang, pandu cermat ya!

Kakzakie said...

Kakak tetap nak ucap juga, sebagai teman blogger, andai ada terguris rasa, mohon maaf yg dipinta, Selamat Hari Raya....

sarah-najwan said...

selamat hari raya cikgu~~

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Selamat melangkah pulang ke kampong..
Hati-hati di jalanraya..
Selamat hari raya..

abah khalisha said...

salam aidilfitri dan salam perkenalan daripada abah

arsal74 said...

Selamat Hari Raya...[berhati2 di jln raya] :-D

sahromnasrudin said...

Salam Aidilfitri 1432H..Maaf zahir batin..Maaf dipinta andai komen dan pandangan saya sebelum ini telah mengguris perasaan sdra .. Semoga ikatan ukhwah sesame blogger kan semakin erat lagi di Syawal 1432H ini..

Afida Anuar said...

Meriahnya dapat jadi warga sekolah...larr..hawat tak sekalikan je warga blogger? ke untuk warga blogger ni spesel sikit? he he..


PS: Shah, saya punya kaler kelabu dan ungu...errr;)

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

slamat bercuti pelajar sekolah BINTANG..

alif haris said...

hehe .. skolah bintang tu .. hebak2 ^^

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget