WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, August 14, 2011

CHONG WEI TEWAS KEPADA LIN DAN DALAM FINAL KEJOHANAN BADMINTON DUNIA


Maaf ye pembaca semua. Sehari dua ini HOK SENGOTI hanya dipenuhi dengan berita sukan sahaja. Kalau belum baca silalah klik SINISINISINI dan SINI. Baiklah kita teruskan dengan ulasan perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia 2011 antara Lee Chong Wei menentang Lin Dan dari China yang baru sahaja tamat sebentar tadi. Perlawanan yang sungguh mendebarkan kerana buat pertama kali Chong Wei layak ke final dan menenntang seteru utamanya, Lin Dan.

Dalam set pertama, perlawanan begitu sengit kerana kedua-dua pemain saling berkejaran mata. Masing-masing cuba untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dengan bermain ralli selain dari jumping smash yang menjadi dari ke dua-dua pemain. Kelihatan ke dua-dua pemain cukup berhati-hati dalam set pertama ini. Pada satu ketika kedudukan terikat 15-15, 16-16. Chong Wei hampir mampu menamatkan set pertama apabila mendahului 20-16, namun Lin Dan berjaya mengejar mata dan terikat 20-20. Dalam aksi yang mendebarkan akhirnya Chong Wei menang 22-20 dalam set pertama.

Dalam set ke dua Chong Wei memulakan aksi dengan agak meyakinkan apabila mendahului 3-0, namun Lin Dan berjaya mengejar dan mendahului 5-3 pada suau ketika. Walaupun Chong Wei cuba mengejar, namun Lin Dan terlebih dahulu di hadapan dengan 9-7. Lin Dan terus melebarkan mata menjadi 16-10 akibat kesilapan mudah Chong Wei. Dan akhirnya Lin Dan tidak menunggu lama untuk menggunggili set ke dua dengan 21-14.


Perlawanan berlarutan ke set ke tiga ataupun set penentuan. Kedua-dua pemain bermain dengan berhati-hati kerana sebarang kesilapan mudah akan memberi mata kepada pihak lawan. Di awal permainan Chong Wei mendahului 3-2. Kedudukan amat sengit sehingga saling berkejaran mata kepada 6-6, 7-7, 8-8, 9-9 dan 10-10. Seterusnya perlawanan semakin sengit dan Chong Wei mendahului 16-13. Namun, dikejar oleh Lin Dan pada kedudukan 17-17. Sungguh sengit perlawanan ketika ini kerana sesiapa yang melakukan kesilapan akan ditunjukkan jalan keluar. Setelah berjuang selama hampir 2 jam, akhirnya Chong Wei tewas 22-20, 14-21, 21-23.

Apapun, tahniah buat Dato' Lee Chong Wei yang telah menunjukkan satu permainan yang sangat hebat, memberi tentangan sehingga titisan keringat yang terakhir. 


KEPUTUSAN :

DATO' LEE CHONG WEI tewas 22-20, 14-21 dan 23-21



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

soffea said...

takpe la.. bukan rezeki Malaysia kan.. kalau tak, dapat cuti tak esok? ngeh3~

Afida Anuar said...

Tatau pulak ada game....

Takpe la, Dato CW, cuba lagi lain kali deh;)

mizmarmalade said...

Tahniah Chong Wei.. He had done his best :)

Alan Rizque said...

Ya memang respect la diorang main..world class..puas hati tengok..

Nizam Ijam said...

adoi..kecewa aku..hehe

missgee said...

Patutnya LinDan bagi
menang Chong Wei kali nie..
Esok2 dia nak menang2 berkali2
pun saya tak kisah..
Errrrr....huhuhu

NzA said...

Hu.hu.hu....sedih..ttp xpelh LCW....jgn putus asa....

yatie Awang said...

susah sebenarnya nak tumpaskan semangat juang Lin Dan, tapi apa2 pun tahniah buat D.l.c.wei,kerana mempamirkan aksi yg menarik

gadisBunga said...

chong wei tetap hero!

nur aisya humaira said...

aisya tgk 1st ngan 2n game je, lps tu tido..hoho

Abd Razak said...

Takder rezeki buat Dato' untuk memenanginya, takper boleh cuba lain masa

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget