WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, August 10, 2011

ENAM KERAJAAN NEGERI UMUM BAYAR BONUS RAYA


Kerajaan Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan merupakan enam kerajaan negeri yang setakat ini mengumumkan keputusan untuk mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.
“Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah yang dibayar kepada penjawat awam,” kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.
Katanya ia melibatkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun.
Ahmad berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM10 juta, menurut Bernama.
Di Kuantan, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pembayaran bonus di melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.
Adnan menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya pemberian bonus itu satu pembaziran sebaliknya ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam membangunkan negara.
Di Kota Bahru, kerajaan negeri Kelantan akan turut membayar bonus setengah bulan gaji kepada 6,000 penjawat awamnya serta bayaran khas RM500 untuk para persara.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata kerajaan Kelantan akan menanggung kos RM5 juta bagi membiayai pembayaran itu.
Langkah itu diharapkan dapat meringankan beban kakitangan kerajaan negeri bagi membuat persediaan menyambut hari raya Aidilfitri tahun ini, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Rabu.
Husam berkata mesyuarat itu turut meluluskan cadangan menswastakan projek pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu sejauh 69 kilometer dengan kos RM1.4 bilion.
Di Ipoh, kerajaan negeri Perak hari ini juga mengumumkan keputusan mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri menyambut baik pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lepas.
Beliau berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM6.5 juta.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan kepada 4,800 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri.
“Semua kakitangan termasuk yang berkhidmat dengan agensi milik kerajaan negeri akan menikmati bonus itu. Kita juga akan minta pihak berkuasa tempatan untuk memberikan bonus kepada kakitangan mereka,” katanya.
Katanya pemberian bonus itu menyebabkan kerajaan negeri mengeluarkan belanja sebanyak RM4.8 juta.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pula dalam pada itu berkata, kerajaan negeri yang dipimpin beliau menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM3.2 juta untuk membayar bonus kepada penjawat awam negeri itu.
Baru-baru ini, kerajaan Persekutuan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya ini.
Golongan pesara juga akan dibayar RM500.
Pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan Ogos iaitu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.  SUMBER : MYNEWSHUB

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

ibuintan said...

syukur... banyak atau sikit tetap membantu terutama menjelang raya ni

Afida Anuar said...

Yang swasta punya...err lebih tepat lagi kampeni saya memang langsung tak kedengaran bab bonus2 ni..uhuk2..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget