WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, August 6, 2011

JAKIM SAHKAN STARBUCK HALAL




JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan “JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk pengesahan sila hubungi 03-8886400”.
Kenyataan ini juga telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.
2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran Starbuck Coffee adalah haram.
3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012.
Justeru JAKIM menasihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Sekian, terima kasih.

Kalau nak tengok website pengesahan ini bolehlah rujuk di SINI.


Sebagai rakyat Malaysia, khususnya Islam, Imanshah pening lah melihat macam-macam berita yang timbul sehari dua ni. Semalam tentang berus kosmetik Dato Siti  Nurhaliza yang dikatakan diperbuat dari bulu babi. Seolah-olah umat Islam dikelirukan di negara sendiri. Bukan apa, ramai orang yang telah menyebarkan berita yang belum pasti kesahihannya di internet. Dan akhirnya menyebabkan semua orang panik. Adakah ini merupakan propaganda pihak-pihak tertentu untuk melemahkan umat Islam?? Apapun, berbalik kepada isu STARBUCK ini, Imanshah bukanlah pelanggan tetap STARBUCK, dan tak pernah pun duduk melepak minum di STARBUCK. Cuma apabila menyentuh soal hukum hakam ni dan menjejaskan kredibiliti JAKIM, rasanya pihak berwajib seharusnya lebih cepat bertindak. Rasanya isu ini sudah seminggu berlegar di internet, baru semalam kenyataan media dikeluarkan. Bimbang juga hari ni kata HALAL, seminggu lagi kata HARAM. Semoga kita semua terlepas dari tipu daya syaitan. Nauzubillah!!


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

CS @ Mama AA's said...

baru terbaca di fb ianya haram ....

gadisBunga said...

kejap halal, kejap haram. agenda pihak tertentu ni.

saya masih simpati dgn nasib pengusaha kek lapis sarawak. kesian diorg.

Alip Apai said...

yes!

abu muaz said...

pening dan memeningkan.

NuSaNa NoSa 91 said...

aigoooo~ pening, pening.. skjp halal, skjp haram, pastu halal blek.. senang2, tinggalkan je lah.. dah was2 sgt.. huhu~

wan_cikgumuzik said...

hahaahhaaa.. jawapannya senang jerr..

curiga = tak halal..

sekian..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

alhamdulillah dh selesai menda cmni..kadangkala apa yang tercatat HALAL pada barangan itu belum tuntu HALAL nye..

Dinas Aldi said...

dah dengar sendiri dari pihak JAKIM, legalah.

Solihin Zubir said...

hish.. mcm2 la kan skrg ni.. makin banyak benda yg dikatakan haram..

Miecyber said...

Jalan selamat , kita jangan pergi kedai milik bukan Islam.

Tepuk dada tanya selera...

NzA said...

sering keliru dan terkeliru...itulh realiti umat Islam di Malaysia..kalau kita was-was baik kita jauhi..langkah yg selamat.

Inche gabbana said...

memang la halal dari segi bahan2 dia.

tp yg bab sokong zionis israel laknatullah tu..? halal ke kalau kita sokong mereka..?

fikir2kan.

blog-tips-kurus said...

tak mo! mahal!!

Lampu Suluh said...

Assalamu'alaikum..

Boikot jer terus starbuck nie.. dah mmg terbukti starbuck nie support isra3L laknatullah.

"star" = lambang bendera isra3L.
"bucks" = duit yg digunakan untuk menghancurkan umat ISLAM..

Buat apa tunggu lagi.. Boikot jer.. xmati kalau xgi starbucks..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget