WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, August 18, 2011

KASUT PUTIH DI AIDILFITRI


Semalam merupakan hari cuti sempena Nuzul Quran. Dalam kesempatan bercuti, Imanshah sempat menjenguk pasar raya di Ipoh. Konon-kononnya nak mencari sepasang baju melayu buat raya nanti. Yelah dah tua-tua macam ni kemeriahan hari raya tak terasa sangat, tambah-tambah ayah pun dah tak ada. Ramai sungguh pengunjung yang datang tak putus-putus. Ada yang datang sendiri, ada yang datang berdua tak kurang juga yang datang berkeluarga.

Melewati bahagian kasut dan selipar, melihat ibu bapa sedang membantu anak-anak memilih selipar, tiba-tiba hati terdetik dan terkenang zaman kanak-kanak. Yelah penghujung  tahun 80- an  dan awal 90- an dulu kan, rasanya ramai dari kalangan kita yang belum lahir kot. Dua kenangan yang tak kan Imanshah lupakan sampai sekarang ialah apabila tibanya hari raya, kami tidak dibawa bersama ke pekan untuk membeli pakaian raya. Kereta pun tak ada. Nak naik bas, lama pulak menunggu, lalu mereka berdua pergi naik motor je.  Dan ayah akan ukur kaki Imanshah dengan tali rafia dan membeli selipar dengan ukuran tali rafia. Tak kisahlah cantik ke, selipar biasa ke, atau selipar jepun ke, Imanshah terima sahaja dengan hati terbuka. Alhamdulillah, ada juga selipar baru.

Yang ke dua, pernah satu tahun raya puasa jatuh bulan Disember. Kami adik beradik ramai. Mana nak beli baju raya, mana nak beli baju sekolah. Akhirnya ayah belikan kasut sekolah untuk dibuat beraya. Boleh pakai buat sekolah sekali. Pun Imanshah terima , dan rasanya semua orang menerima waktu tersebut. Dan pada hari raya pakailah kami adik beradik kasut sekolah. Dan kami tetap bahagia walaupun ramai orang tengok kaki kami bila berjalan ke rumah jiran dan orang kampung. Alhamdulillah syukur sebab kami tahu ayah dan mak tak mampu.

Hari ini zaman dah berubah. Perbelanjaan raya kadang-kadang melebihi kemampuan kan. Imanshah tak nak komen lah sebab sekarang semua orang dah berkemampuan kan. Baiklah selamat membuat persiapan untuk semua. Bersederhanalah ya dalam membuat persiapan.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

17 GENTA RASA:

::FAIZ FARISH:: said...

touching... :(

cikgu isza said...

samalah akak.. main ukur kaki jer. Abah beli.. semuaya cantik. Anak sekarang siap pandai komplen lagi. Tak berkena taknak pakai. Mana silapnya yer?

- abdul hadi abdul muti - said...

terharunya baca

MerLe said...

sy dulu pn jarang beli kasut raya..adik2 ramai..pakai yg mn ada..ksut elok lg xyah bli yg bru..nsib baik baik fmili mmg ajar gtu dr kecik...tp mmg tgk bdk2 zmn skg nk yg baru je...mak ayah kna ajar dr awal, bru anak2 x demand sgt..

gadisBunga said...

saya tersentuh...

gadisBunga said...

tapi sekarang ni kasut putih dah jadi trend pun. :D

Cik Penulis said...

anak2 sekarang manja.

alif haris said...

hehe .. boleh je ..
anak2 skrg je yg kdg2 berkira sgt ..

adrenalina said...

sangat meruntun hati... tapi skarang anak2 zaman sekarang suka sahaja tidak bersyukur dgn apa yg mereka

Afida Anuar said...

Shah, mak ayah saya guna lidi ukur kaki anak-anak;)

Kalamhati said...

hmm btul tu..kito dulu ikut jah mak ngan ayah beli..pakai blako..sedih plok k wan baca

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

weeehhh imanshah..sadis laaaa...

tp mmg pon la ni mmg OVER laa patik bole ckp...

Bersederhana lebih baik kot..

Mohamad said...

Salam Ramadhan...
Zaman masa kita kanak-kanak, lambakan barang tidak seperti sekarang. Dulu susah nak dapat. Paling tidak kena keluar ke pekan tetapi sekarang banyak barang yang boleh dikatakan murah dan banyak juga dijual di pasar-pasar malam...

Walaupun begitu, suasana dan apa yang kita rasakan adalah kenangan indah bersama ibu bapa tersayang..

senyumSOYA said...

sempat merasa mak ukur kaki ngn tali rafia...hehe..sebab nak bawak p kedai ramai2 susah.. maklum la..ada 8 smuanya..^^"

tapi indah kenangan tu..

nmkhairulazlan said...

Samo2..saya dulo pon, mok beli kasut sekoloh pakat ukur tali rafia jugok..hehe

cucu umie said...

serius..ayie ingt duku umi ad kap..untung budak2 sekrng..kalo dulu grenty parents xajak pon pi brng raya nie...

NzA said...

kalau nk meriah kawin cepat dik...

sedihnya baca kisah dik iman..akak masa kecik ngada2...sanggup abah jelajah bbrapa supermarket KB demi penuhi hajat sang puteri sorg nie...hu.hu.hu...kesian abah....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget