WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, August 9, 2011

KEMALANGAN SEDARKAN AWI RAFAEL DARI HANYUT


Sekadar perkongsian kisah seorang artis baru, Awi Rafael yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada minggu lepas. Menurutnya, kemalangan yang berlaku telah emnginsafkan beliau dan berjanji untuk tmemperbanyakkan amal ibadat. Terkenang kisah kemalangan Imanshah dua tahun yang lalu. Alhamdulillah, jika  dia sedar dari 'kekurangan' lalu, kita doakan semoga beliau diberi kekuatan uuntuk berubah.


Sejak terlibat dengan kemalangan jalan raya pada Rabu lalu, penyanyi Awi Rafael tidak putus bersyukur dan berjanji untuk lebih menumpukan kepada ibadat harian.
Penyanyi lagu Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta ini yakin Allah masih menyayangi dirinya dan memberikan peluang untuk dia berubah ke jalan yang baik agar tidak terus hanyut dengan populariti yang diraih.
“Saya akui bila mendapat terlalu banyak perhatian, kadangkala kita lupa siapa kita di sisi Allah. Saya bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk lebih awal untuk saya berubah. Jadi, saya perlu perbetulkan solat dan banyakkan amalan ibadat.
“Sebelum ini, mungkin saya terlalu peramah dengan semua orang dan bersikap acuh tak acuh dengan solat,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di majlis berbuka puasa Muzik FM di Hotel Pearl International, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Malah, Awi juga semakin rajin mengerjakan solat terawih dengan rakan-rakannya pada bulan Ramadan ini.
Paling penting, dia bersyukur kerana dirinya selamat dalam kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan itu pada sekitar pukul 5 petang selepas menjalani sesi fotografi dengan sebuah majalan hiburan di Shah Alam.
“Saya rasa bersyukur dan terperanjat dengan insiden itu serta sempat mengucap istighfar. Kereta jenis Triton yang saya naiki remuk teruk akibat melanggar pokok.
“Nasib baik saya tidak mengalami kecederaan teruk melainkan luka sedikit di dahi. Waktu itu, saya memakai baju Melayu dan songkok. Jadi, songkok itu telah menyelamatkan kepala saya yang terhantuk di cermin tingkap.
“Selepas terlibat dengan kemalangan itu, terus saya ke klinik dan merawat luka di dahi. Tengkuk saya juga masih berasa kebas selepas kemalangan itu tetapi setakat ini doktor mengesahkan tiada apa-apa kecederaan dalaman,” jelasnya lagi.
Tambahnya, sewaktu keretanya berpusing sebanyak tiga kali sebelum melanggar pokok dan turut melanggar beberapa buah kenderaan di situ turut mengingatkan Awi kepada ibu dan bapanya yang tinggal berjauhan daripadanya.
Setelah ibu dan bapanya berpisah lapan tahun lalu, ibunya menetap di Pontian, Johor manakala bapanya berada di Indonesia. 
SUMBER : MSTARONLINE


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

- abdul hadi abdul muti - said...

alhamdulillah...harini baca berita harian, waheeda cakap dunia hiburan memang tak mesra agama. sebab tu dia stop terus.huhu

insan_marhaen said...

Teringat IM yang kemalangan 1.5 bulan lepas. Hampir 2 minggu terasa lenguh dan kebas. 1 bulan pula fobia memandu kereta.

Qamaruls said...

aku ngn family aku haritu eksiden bawak triton gak laa.

berpusing kiri 360 pastu kanan 180 sebelum langgar penghadang jalan.

naseb ade penghadang jalan.
sebab tu penghadang jalan utk telefon kecemasan sebenarnye. kalau lari kedepan 2 meter or kebelakang 2 meter satu family dah masuk longkang dah.

Alhamdulillah semua selamat.

hafiz hafizol said...

urm... baguslah .. dapat hidayah Allah..

cucu umie said...

sungguh mudah dia sedar..harap2 dia teruskan niat tersebut

NzA said...

syukurlah kalau mcm tu....

ibuintan said...

syukur dia selamat.... moga keinsafan itu berterusan


//sibuk lebih dr biasalah bulan puasa ni Iman.. tu yg jarang muncul tu

Afida Anuar said...

Teringat juga kemalangan yang menimpa saya, dah dekat 4 tahun dah...alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan kat kita... kan?

kakcik said...

Allah memberi peringatan kepada kita melalui pelbagai cara.

MR. SYAH said...

syah yg eksiden patah kaki nipun masih terasa traumanya.. syukur alhamdulillah syah selamat..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

alhamdulillah...mujur semlm...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget