WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, August 1, 2011

KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH : AYAHANDA PULANG KE RAHMATULLAH

Selamat menyambut Satu Ramadhan. Sebagaimana yang telah dijanjikan, KENANGAN RAMAHDAN IMANSHAH membuka tirai pada pagi ini. Dan pengalaman Ramadhan terhebat dalam hidup yang pernah dilalui oleh Imanshah ialah kehilangan orang yang tersayang dalam hidup. Masih terkenang  pada tanggal 9 Ramadhan 1430 Hijriah iaitu pada tahun 2009 di mana Ayahanda saya Haji Abdul Ghani bin Abbas telah kembali ke Rahmatullah. Semua orang pernah mengalami detik-detik sedih apabila kehilangan ibu bapa mereka mahupun kaum keluarga yang lain. Apatah lagi di saat seluruh umat islam sedang menuai segala macam ganjaran dan pahala yang dijanjikan dalam bulan manghfirah ini.

Pemergian ayahanda sangat mendadak dan berlaku sekelip mata. Namun Alhamdulillah, Almarhum pergi dalam bulan yang penuh dengan keberkatan. Dan pada waktu tersebut Imanshah menghadapi satu dugaan kerana tidak memiliki kereta akibat eksiden teruk sebelumnya. Termenung sendiri apabila memikirkan bagaimanakah untuk pulang ke kampung. Ingin menaiki bas, bimbang lewat sampai ke rumah kerana arwah pernah berpesan supaya disegerakan menguruskan jenazahnya. Namun, Allah maha kuasa telah membuka jalan. Seorang sahabat telah meminjamkan keretanya buat Imanshah agar dapat segera pulang menguruskan jenazah. Terasa begitu mudah perjalanan pada waktu tersebut. Tanpa kelam kabut, dan jalan raya yang agak lengang. Dan akhirnya selepas 5 jam, Imanshah sampai ke kampung.

Alhamdulillah, Imanshah bersyukur betapa diberi peluang untuk menguruskan jenazah Almarhum daripada pemandian, solat jenazah sehinggalah kepada pengkebumian Almarhum. Dan semuanya selesai sebelum masuk waktu berbuka. Ya Allah sukarnya untuk menelan makanan apabila tibanya waktu berbuka. Hanya sebiji kurma dan segelas air yang mampu untuk ditelan pada waktu tersebut. Sungguh besar dugaan Ramadhan pada tahun tersebut.

Sahabat sekalian, terkadang, Allah akan menguji hamba-Nya dengan pelbagai ujian. Adakah kita redha dan sabar atas segala rintangan, ujian dan mehnah Allah SAW. Alhamdulillah, berkat Ramadhan Kareem, marilah kita pada hari ini agar menerima segala ujian Allah dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan. Bagi kita yang masih hidup, perbanyakkanlah amalan yang boleh sampai kepada orang-orang yang kita kasihi yang telah pergi mendahului kita. Sehingga ketemu lagi dalam KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH.
"Apabila salah seorang di antara kamu mati, akan ditunjukkan kepadanya setiap pagi dan petang tempat tinggalnya. Bila ia penghuni syurga, akan ditunjukkan kepadanya kenikmatan syurga, dan bila ia penghuni neraka, akan ditunjukkan kepadanya keazaban neraka. Lalu dikatakan kepada mereka : “itulah tempat tinggalmu, sampailah Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Muslim)



Entri berkaitan : KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

Hans said...

banyak2 berdoa
al-fatihah

p/s : Thanks Vote Hans :-)

sahromnasrudin said...

al fatihah utk arwah ayah awak...

semoga rohnya terus dicucuri rahmat..

selamat berpuasa utk awak ya

Far8 budak baik said...

wehhh sedih aku bace..
bace doa byk-byk k..
x ley sedih2 ehhh

selamat berpuase

Citarasa Rinduan said...

al fatihah atas arwah.....
ayu pun yang baru kehilangan arwah mertua.. rasa sangat2 kehilangannya

eqbalzack said...

salam,
selamat berpuasa cikgu...
terharu baca entry ni...

Miecyber said...

Al Fatihah

Azham Vosovic said...

Al-fatihah...nenek saya meninggal pada hari ketujuh Ramadhan tahun lepas. Sy terkilan tak dapat jumpa nenek semasa beliau masih lagi hidup...itu la satu2nya benda yg sy kesalkan smpai skrg...

asraf osman said...

al-fatihah..semoga Allah tempatkan beliau bersama org yang soleh.

::FAIZ FARISH:: said...

Al Fatihah untuk ayahanda Imanshah

DaHLia said...

ayahanda Dahlia pun pergi meninggalkan kami selamanya dalam bulan Ramadhan..
Tanggal 3 Ramadhan tahun 2008 tak mungkin kami lupakan sampai bila-bila.
Semoga arwah Ayahanda Imanshah dan ayahanda Dahlia dirahmati Allah selalu. Aminnn

yatie Awang said...

Al-fatihah buat arwah...semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman

salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa

wahida said...

sedihnya n3 ni...
alfatihah utk arwah..


salam ramadhan cikgu..
semoga ramadhan kali ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya...amin....

sarah-najwan said...

al fatihah utk arwah ayah cikgu..

selamat berpuasa jugak..

NzA said...

Al-fatihah..semogA arwah ditempatkan dikalangan org2 yg soleh...amin..

adrenalina said...

al-fatihah...semoga arwah dicucuri rahmat...yang masih mempunyai ibu bapa...hargailah mereka.tunjukkan kasih syg kita kpd mereka..taatlah kpd mereka..moga kita menjadi anak yg soleh...dan anak kita juga menjadi ank yg soleh juga

NzA said...

sedih baca n3 ni...byk halangan yg prlu ditempuhi namun Allah prmudahkan..amin....

iKhRam said...

sudah pasti inilah kennagan ramadhan yg tak mampu utk dilupkan..

al fatihah utk arwah..

gadisBunga said...

semoga roh ayah awak dicucuri rahmat sentiasa. amin...

Cik SHiNJU said...

Dapat bayangkan perasaan yg kamu alami saat itu..Al-Fatihah buat ayah2 kita yg telah tiada di dunia ini.. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh mereka...Amin...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget