WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, August 6, 2011

KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH : AYAHKU SEORANG AMIL

Segman KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH kini kembali untuk episod ke empat.Kali ini, Imanshah nak bercerita tentang pengalaman Imanshah sebagai anak seorang amil ataupun orang yang dipertanggungjawabkan untuk memungut zakat. Arwah ayah merupakan satu-satunya amil di kampung kerana tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang imam masjid.

Seminggu selepas puasa ayah akan mengunjungi semua orang kampung dari rumah ke rumah untuk menghantar SENARAI FITRAH atas arahan  Majlis Agama Islam Kelantan. Setiap keluarga mesti didaftarkan dan ayah akan menghantar senarai fitrah yang mengandungi jumlah ahli keluarga dari sebuah rumah ke rumah yang lain. Kadang-kadang kalau ayah tak berkesempatan, maka Imanshah akan membantu arwah. Maka secara tidak langsung Imanshah turut terlibat dalam membantu memastikan Rukun Islam ini dapat dilaksanakan.

Selalunya orang kampung akan datang membayar zakat fitrah pada waktu malam selepas solat sunat tarawikh. Seronok kerana hampir setiap malam rumah kami meriah dengan kehadiran orang kampung. Namun yang tak seronoknya televisyen tidak boleh dipasang pada waktu malam kerana rumah kami di penuhi oleh penduduk kampung.

Tibanya hari raya, jika ada orang kampung yang tidak membayar zakat, arwah akan pergi ke rumah penduduk tersebut dan menerangkan keperluannya untuk membayar zakat. Begitulah arwah, begitu komited dengan tugasan beliau. Namun, semuanya hanya tinggal kenangan selepas kami semua melanjutkan pelajaran ke universiti, suasana tersebut telah hilang. Apatah lagi apabila arwah kembali ke rahmatullah. Namun kenangan Ramadhan Imanshah tetap kukuh bersemadi di sanubari. Kalau masih belum membaca KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH yang terdahulu, berikut senarai-senarai entrinya :





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

::dAuZsHaNLeY:: said...

pakcik sy pon amil jugak...dulu, selalu lepak rumah dia..so, ade gak la experience cam tu..

Elih Japahar said...

Kenangan ramadhan yg sangat bermakna..selamat berpuasa bro!..

Iffah Afeefah said...

kenangan sgguh indah jika dikenang

slamat berpuasa

adrenalina said...

seronok bila ada org dtg ke rumah... =)

Afida Anuar said...

Tak pernah ada experience macam ni pasai ayah saya bukan amil...

kenangan waktu ramadhan dulu2 lain sekali rasa dia..

cucu umie said...

xad pnglman mcm bwgini tpy rasenya memang best kot.. ayie tgok skrng orng bnyk bt pmbyrn zakat dekt masjid shje lepas terawih

Azham Vosovic said...

seronok la ada pengalaman mcm ni... sy xda pon huhuhuhu

EpoLįƒ¦siKunang2 said...

Kenangan kadang tu tak ternilai bila direnungkan balik. kan? :)

Dinas Aldi said...

kenangan yg amat berharga dengan arwah ayah tu, Al-Fatihah..

insan_marhaen said...

Ya... IM juga masih ingat amil yang IM panggil Tok Ki datang ke rumah kutip zakat fitrah. Tak macam zaman sekarang. amil cuma tunggu sahaja di masjid!

MAT SOM said...

TV tu ada lagi tak? Sekarang setiap bilik dah ada TV.

Anaknya tu tentu mewarisi sikap bertanggungjawab arwah ayahnya.

sayangsayangibu said...

sayu pulak baca en3 ni, sbb akak teringgat masa kekecik dulu ikut arwah atok hantar beras sebagai kiraan zakat fitrah

nabilah_2908 said...

hmm...yer la..zaman skrg ni dah xde dah aktiviti pergi ke satu rumah ke rumah yg lain..

nak bayar zakat..dtg saja ke masjid2..hmm...skrg ni pun nk bayar zakat kt shopping complex pun boleh..sbb ada dibuka kaunter2 bayar zakat.. :)

Al-fatihah buat ayah kamu...

Kalamhati said...

Kenangan yg cukul mahal tu..yg tak boleh dibeli dgn wang ringgit..kekal abadi dihati

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget