WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, August 8, 2011

KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH : BERBUKA DI MASJID AL-MALIK KAHLID


Salam alaik..Apa khabar semua? Hari ini 8 Ramadhan, Imanshah nak sambung SEGMEN KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH. Kalau yang masih belum berkesempatan, boleh lah menjenguk entri-entri lepas di SINI, SINISINI, dan SINI. Kepada yang baru membaca KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH, segmen ini akan berlangsung selama sebulan, di mana sekurang-kurangnya 15 entri akan ditulis berdasarkan pengalaman Imanshah semenjak semenjak kecil sehingga sekarang. Ayuh kita teruskan penceritaan Imanshah pada hari ini. 

Kali ini, Imanshah nak bercerita berkenaan pengalaman Imanshah menjalani ibadat puasa di Universiti Sains Malaysia. Bila membaca beberapa komen anak murid Imanshah di FB yang mengatakan mereka berbuka di masjid, serta merta kenangan lampau terimbau semula. Ketika menjalani kehidupan sebagai mahasiswa di USM sekitar tahun 2000-2003, Masjid Al-Malik Khalid merupakan persinggahan utama untuk majlis berbuka puasa. Boleh dikatakan setiap hari Imanshah dan rakan-rakan baik bersama jemaah-jemaah lain akan berbuka di masjid USM.

Seronok rasanya bertemu muka dan bertentang mata bersama jemaah-jemaah lain di masjid Al Malik Khalid untuk iftar jamie. Alhamdulillah masjid sentiasa penuh dengan jemaah yang ingin berbuka. Ribuan terima kasih buat Pusat Islam USM yang telah bertungkus lumus menyediakan juadah berbuka. Antara kelebihan berbuka di masjid yang Imanshah dapati ialah :

1) Dapat mengeratkan ukhuwwah islamiah sesama pelajar USM yang terdiri daripada pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa.

2) Dapat bersolat maghrib berjemaah dan seterusnya dapat bersolat Isya' dan tarawih berjamaah.

3) Dapat menghayati konsep kesederhanaan dalam islam kerana juadah yang disediakan adalah sederhana dan semua ahli jamaah menerima makanan yang sama.

4) Dapat menhayati konsep kesyukuran atas segala nikmat yang dikurniakan. Bersyukur kerana di Malaysia kita masih dilimpahi dengan rezeki yang banyak, sedangkan saudara segama kita di Afrika, di Palestin, di Bangkadesh dan banyak lagi negara menderita.

5) Dapat berjimat dan menyimpan wang sewaktu bulan Ramadhan. Maklumlah kedidupan sebagai pelajar memerlukan wang yang banyak. Tambah-tambah kita orang yang kurang berkemampuan kan. Alhamdulillah.

6) Dapat memupuk kesabaran yang tinggi. Terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan makanan. Jika terlewat sedikit mungkin makanan kehabisan, namun tidak mengapa, kerana Imanshah memiliki sahabat yang boleh berkongsi. 

Wallahua'lam.

Bagi sesiapa yang belum berkesempatan membaca entri terdahulu, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah menjengah entri-entri Imanshah di sini :






TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

EE said...

yang penting semua free,kita dtg berlenggang kangkung jer...

Citarasa Rinduan said...

selamat petang cikgu..
seronok baca entry cikgu,,
saya kadangakala dapat baca entry memlalui hp sahaja..
mmg sibuk di kedai..

sayangsayangibu said...

masa anak kecik tak ada rajin jugak kami ke masjid atau pun surau, dah ada si bujang kecik tu tak sempat lagi ke sana, si bujang tu lasak sangat tak larat nak kejar

ikan emas said...

hehehe

kenagangan puasa zaman student

Muhamad Zaki khairul said...

seperti dijanji, jemput jemput :)

http://bonekeys.blogspot.com/2011/08/imanshah-si-follower-ke-100.html

- zuriey - said...

teringat lak masa tarawih kat u dulu..meriah je rasanya

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

seronok berbuka di surrau...macam2 makanan ada...

SELAMAT BERPUASA

Wassalam

nabilah_2908 said...

masa study dulu..ada juga la sekali sekala join berbuka di masjid..seronok.. tp tu la masjid jauh sngt dr hostel.. :)

adol ihsan said...

Salam..

Mamang tak dinafikan lagi kan, memang banyak kenangan manis semasa di bulan Ramadhan.. :)

Saiazuan said...

prnah skali je merasa brbuka kat masjid.. :)

shetaq said...

uikss,patutlah mcm pernah knal je masjid itu. saya juga pernah berbuka di masjid itu beberapa tahun lepas. bukan sekali, tapi banyak kali. berbuka bersama kawan2 di kampus, waaaahhhh... kenangan itu benar2 menyeronokkan~

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget