WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, August 13, 2011

KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH : KETOK-KETOK RAMADHAN

Selamat petang semua. Kali ini segmen KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH menjengah kembali untuk entri ke tujuh. Kalau belum baca yang terdahulu inilah senarainya  :


Baiklah untuk entri kali ini Imanshah nak bawakan satu cerita yang agak lucu lah kiranya. Rasanya terjadi dua tahun yang sudah. Selama hidup membujang ini, Imanshah tak pernah memasak sama ada untuk sahur mahupun berbuka. Entah mengapa untuk puasa tahun 2009, Imanshah nak sangat makan sahur masakan sendiri. Dan kalau sahur memang nasi gorenglah selalunya jadi hidangan. Justeru, maka dengan penuh sopan santun Imanshah cubalah bertanya resipi nak masak nasi goreng.

Tengok kau, nak masak nasi goreng pun tak pandai kena tanya kawan-kawan pula. Apa nak kisah, memang tak suka masak. Ada seorang rakan guru di sekolah mencadangkan supaya tumbuk cili burung kalau nak nasi goreng kita pedas dan KOW katanya. Ituleh petua masakannya. Imanshah pun tanpa berlengah lagi pun ikutlah. Alamak, lesung batu pun takde. Macam mana ya. Sekonyong-konyong, maka bersusahpayahlah diri ini membeli lesung batu kat pasar Super Kinta, Ipoh.

Bila malamnya kira-kira kul 4 pagi, bangunlah daku insan yang kunun-kununnya seghope Chef Wan kan nak memasak. Apa lagi. Ketok, ketok ketok..bunyi lesung batu. Haha kau, sunyi sepi kan masa tu. Satu kuarters dengar. Ada aku kisah, yang penting nak bersahur dengan semangatnya. Esoknya Imanshah di sapa dengan penuh mesra tapi menusuk oleh jiran sebelah kuartes Imanshah..

Wah, dah rajin memasak sekarang. Pukul empat pagi dok menumbuk orang nak tido pun tak boleh. Ingat ni rancangan Ketuk Ketuk Ramadhan ka?

wahah, terkasima, itulah pertama dan terakhir kali Imanshah bangun memasak untuk bersahur. 





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

Kalamhati said...

hehehe semangat do'oh numbuk tu..

cikgu isza said...

menusuk sungguh usikan tu..
:D
takkan serik dah kot?

Afida Anuar said...

ingatkan ketuk2 ramadhan sheila rusly tadi.. he he..

Ada jugak resipi nasi goreng yang tak payah ketuk ketuk guna lesung batu .. dia panggil resipi cincang2, campak2.. ngeee

IMANSHAH said...

@Afida Anuar

campak2 kat restoren lagi senang da

IMANSHAH said...

@cikgu isza

bukan serik, leceh lah, nak kupas bawang la, apa lah..haish

~Insan Biasa~ said...

akan dtg...letak kain bawah lesung! hikhikhikhik

- abdul hadi abdul muti - said...

so, jadi ke nasi goreng tu? haha

NaeBlog said...

haha... ketuk2 jam4 pagi memang mengganggu... Boleh juga ketuk2 kan bahan tersebut awal2 lagi... simpan.
Bangun pagi tinggal nak goreng ja...
tapi, Tahniah!!! ada usaha...

NzA said...

hi.hi.hi....aduyai...

IMANSHAH said...

@~Insan Biasa~

tapi bunyi jugak kan..hehe

Mohammed Faizal said...

lain kali ketuk la kuat-kuat biar semua jiran dengar...leh gak dieorg bangun sahur

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget