WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, August 16, 2011

KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH : MOH TEMAN AJAR CARA BUAT TAPAI PULUT

Assalamualikum, buat pengikut setia KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH, entri lewat malam menyusul hari ini.Seperti biasa, sebelum memulakan kisah dan penceritaan Imanshah dijemput para pembaca membaca beberapa entri terdahulu dalam segmen ini: 





Untuk KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH kali ini, Imanshah nak ajak pembaca semua belajor cara-cara nak buat Tapai Pulut. Ni kira entri ulangan lah ye. Dua tahun lepas teman udah buat entri ni. Takpa, ni buat pembaca baru HOK SENGOTI la pulak. Bukan apa udoh 30 tahun teman nyambut raye, ni lah satu-satunya rutin tiap tahun teman dua hari sebelum raya. Bukan tukang buat tapai, tapi TUKANG TENGOK je dan tukang carik daun pisang. Hehe.


Mula-mula beras pulut, kalau beras biasa tak bleh yong mesti direndam dulu dalam ayor selama dua jam. Lepas tu tanak le. Proses menanak ni kena beri tumpuan tak mahu le berkerak bagai. Guna jaring kuning tu, ngape ye?? Tak mo lah pulut yang masak bersepah. Tanak bukan sebarang tanak, mesti tanak atas kukusan (apa namanya dalam bahasa Melayu, itu bahasa kelantan da)


Setelah pulut yang ditanak masak, letakkan ia di dalam dulang dan dibiarkan sejuk seketika. Kemudian beras pulut ini digaulkan pulok  dengan ragi (yis)..Mengikut oghang tua-tua, masa ini penting kerana terlebih ragi, tapai tidak masak. Selain itu juga, pantang larang oghang tua-tua melarang bergaduh sewaktu menggaulkan ragi kerana bimbang ragi tidak masak. Dah tu jangan degil kome tak buleh bergadoh ke, bermasam muka ke..nanti tapai tak masak dan keras. Hurm, pantang larang tu baguih sebenarnya. Idok mahu adik beradik dok begaduh depan rezeki. 


Kemudian, tapai dibungkus menggunakan daun pisang. Jika tiada daun pisang, daun getah juga boleh digunakan sebagai ganti. Yelah, tiada rotan, akar pun berguna.  Mengikut ibu, penggunaan daun getah lebih baik kerana rasa tapai lebih manis. Kak senah ngan kak bedah tu, kalau suka manis, gune lah daun getah ye.


Seterusnya, tapai diperam untuk dua malam. Jangan sesekali bukak sebelum pagi raya. Dibimbangi tapai akan MERAJUK tak mau masak. Tapai yang telah siap mesti dimasukkan ke dalam periuk ataupun bekas tertutup untuk diperam. Jangan gatei nak ngintai tapai tu yop!!


Tara, inilah hasilnya tapai yang sudah masak diperam. Apa lagi kak bedah, hidangkanlah kepada tetanu yang datang bertandang di hari raya. Selamat mencuba na!!



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

Dinas Aldi said...

Wehhh, akak ingat lagi baca pasal kisah tapai pulut ni tahun lepaih kat blog dik Iman. Akak suka tapai pulut ni, sodap! Tapi tu la, tak bleh makan banyak, maneh, huhu

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

suke makn tapai pulut ngn eskim...best!!!

IMANSHAH said...

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)

sedap ke?? idok penah aku makan pojie

a kl citizen said...

saya pun suka tapai pulut...

Kalamhati said...

terliur weh..huhu

psst kalu nk blaja wat framing tu..try usha sini:

http://www.youtube.com/watch?v=9JzOu0RB7us&feature=related

Rtp Farra Arisha said...

tapai pulut sedap!! :)

IMANSHAH said...

@Kalamhati

ok nanti cek terjah na

Hans said...

aku xsuka tapai
:-)

IMANSHAH said...

@Hans

rugi woo

NzA said...

feveret akak gok tu...kalau raya mesti ada..lbh sedap kalau dibungkus dgn daun getah beserta tangkai....Fuh!!!

nur aisya humaira said...

aah,banyak benor pantang larang buat tapai ni kan...

mak aisya bt berapa kalu da, langsg tk jdi..keke

IMANSHAH said...

@nur aisya humaira
pantang larang tu sebenarnya untuk kebaikan..tapi kalau tak jadi bukan sebab langgar pang larang tapi sebab yis tak bagus..hehe

sonata anak kancil said...

teringin nak belajar buat tapai sendiri - sebab suka tapai pulut! tapi tak lah makan banyak

IMANSHAH said...

@NzA

tulah, tapi sekarang payah nak carik daun getah sebab kampung saya takde pokok getah

IMANSHAH said...

@sonata anak kancil

hurm, makan sehari dua ke tiga cukup lah, masuk dalam peti ais lagi WALLA

Afida Anuar said...

larr..ingatkan buatan sendiri, rupanya tukang tengok je.

Oh, saya tak suka tapai. Kalau makan boleh je telan, tapi tak la suka macam suka makan kepsi;)

NaeBlog said...

kalau kat kedah, cara balut tapai macam balut nasi lemak guna daun pisang juga...

tapi, tapai memang sedap... saya suka!!!

adrenalina said...

tapai!! menu wajib kat rumah bila raya..xkira raya puasa atau raya aji! sgt sedap.....tambah2 lagi yg baru keluar dr peti sejuk! feberet abah jugak! cuma ank pompuannya ni xpandai nak buat tapai pulut sendiri..pndai makan je haha

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget