WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, August 2, 2011

KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH : PUASA ZAMAN KANAK-KANAK

Segmen Kenangan Ramadhan Imanshah diteruskan lagi buat hari ke dua. Kalau masih belum baca entri terdahulu boleh lah klik ke entri KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH : AYAHANDA PULANG KE RAHMATULLAH. Kali ini Imanshah nak mengimbau puasa Imanshah pada zaman kanak-kanak. Ingat-ingat lupa kan. Maklumlah usia pun dah dekat maghrib ni. Setahun dua lagi melangkah ke daerah ISYA' pula.

Bila Imanshah baca beberapa entri daripada rakan-rakan tentang pengalaman anak-anak mereka berpuasa, terbit kegaguman di hati Imanshah. Maklumlah tadika pun dah puasa penuh. Apatah lagi darjah satu. Semua telah terbiasa dengan puasa sebab dididik sejak awal lagi untuk berpuasa. Alhamdulillah kesedaran tentang Islam amat tinggi dalam kalangan ibu bapa hari ini. Bukanlah bermakna ibu bapa zaman dahulu tiada kefahaman dan kesedaran tentang Islam, tapi rasanya puasa-puasa ni kuranglah sedikit diberi perhatian terhadap anak-anak yang masih kecil.

Sekitar penghujung tahun 80-an, iaitu pada tahun 1989 barulah Imanshah puasa penuh. Iaitu sewaktu darjah TIGA. Tengok, lambatkan?? Anak buah Imanshah sekarang usia 6 tahun pun sudah puasa. Bukan apa ketika itu rasanya hari sangat panjang. Balik sekolah asyik tidur di dapur dan asyik melihat jam sahaja. Maklumlam nak tengok televisyen mana ada, nak main game kat komputer pun tak pernah berkesempatan. Nak tak nak, terpaksalah tunggu maghrib dalam keadaan orang kata " Macam tak makan setahun".. Haha. 

Ibu dan ayah pula tak menghalang untuk Imanshah berbuka. Kata mereka dah dapat puasa separuh hari pun dah tak mengapa. Tapi Imanshah gagahkan diri juga untuk berpuasa. Rasanya rakan-rakan seangkatan dengan Imanshah pun turut memiliki pengalaman yang sama kan. Kepada mereka yang memiliki anak-anak, Alhamdulillah didiklah anak-anak dengan ilmu dan ibadat dengan sempurna sebagai bekalan untuk mereka meghadapi kehidupan yang semakin mencabar di dunia ini. Sekarang ini, kalau ditanya anak-anak sama ada nak ke masjid untuk bersolat sunat tarawikh ataupun melayari internet, rasanya ramai yang akan memilih INTERNET. Namun, kebijaksanaan para ibu bapa dalam menentukan perkara yang perlu diberi keutamaan pastinya akan membuatkan jawapan mereka berbeza..Baik bu, kita pergi masjid ya!! Selamat berbuka!!

Imam Al-Bukhari meriwayatkan hadits dari seorang shahabiyah Rubayyi binti Muawwid. “Rasulullah SAW mengirim utusan pagi hari Asyura ke kampung-kampung kaum Anshar ‘Barangsiapa berbuka pada hari ini maka hendaknya ia menyempurnakan sisa harinya dgn berpuasa dan barangsiapa berpuasa pada hari ini maka hendaknya ia sempurnakan puasanya.’ Rubayyi berkata ‘Adalah kami berpuasa setelah itu dan kami mempuasakan anak-anak kami kami buatkan utk mereka mainan yg terbuat dari bulu. Apabila di antara mereka ada yg menangis minta makan maka kami berikan mainan tersebut hingga tiba waktu berbuka.‘”


Apa khabar agaknya saudara segama kita di Palestin dalam menghadapi Ramadhan?? Semoga Allah melindungi mereka.

SIRI KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

17 GENTA RASA:

asraf osman said...

betul tu.dok dpn komputer ni pun,dah smpai petang,tak terasa plak puasa;)

cucu umie said...

hehe..btol2..adik ayie yg perempuan tu pon dok tgok tv supaya dia hayal xingt nk buka..huhu

saiazuan said...

kusyuk baca blog smpai trlupa wktu brbuka.. :)

slmt brbuka

ahmad humairi said...

Salam ramadhan al mubarak,

Selamat menjalani ibadah puasa.
Selamat menyambut lebaran bakal tiba.
Maaf zahir dan batin.

Si Budak said...

sy pun darjah 2-3 baru puasa penuh..
betul dulu mana ada tv dan internet macam sekarang

khairul akmal azman said...

hope sedara kite di palesti bersabar dugaan yg besar
lagi2 di bulan puasa yg mulia ni

NuR si CiKGu RiBeNa said...

saya puasa penuh darjah 4 rasanya.
sblm tu tak cukup.. dpt la berbelas hari rasanya..

slmt berpuasa cikgu..

Kalamhati said...

semoga saudara seislam kita di sana tabah dan sabar..

cikgu isza said...

anak sulung akak sampai kena gastrik masa tahun 1. Ramadan kali ni.. dah dua hari ni... alhamdulillah walaupun ada merengek-rengek nak buka puasa..

YUL said...

same bro, aku dulu start puasa time darjah 2, huhu, waktu dulu mmg terase lme je, sbb aktiviti tk byk, tgu mse lme gile,

Suhami Ahmad said...

hehe...kenangan silam kan...memang rasa lama sangat masa dulu2...

iKhRam said...

tahun 1989
saya masih setahun.. huhuhu..

tak pandai lg nk berpuasa masa tu.klau tak dah boleh konvoi posa.

soooooour said...

x sabo nak ada anak..nak tngk gelagat dorg berpuasa...hehehe

NzA said...

naluri ibu mmg kesian tgk anak2 lesu sbb tu dia suruh iman brbuka..

InsyaAllah, bila ada anak nnti, iman terapkan nilai Islam dlm jiwa mrk sejak kecil......

Ttp alhmadulillah 4 Farah puasa penuh seawal usia 5-6 thn cuma farouk je drjah 1..tu pn tinggal 3 hr krn smput......

Dinas Aldi said...

betoi la akak dulu pun darjah 3 baru betoi2 puasa, kihkihkih! tahun 1989 tu akak dah form 5 dah, kalau tak puasa betoi, sure kena libas dengan rotan.

Ezay Hadry said...

dah kire awal la tu darjah 3 kan..
skang ni BW je pn dah nak msuk waktu berbuka..
jom doakan rakyat palestin semoga mereka banyakkan bersabar di sana..

Afida Anuar said...

Saya dulu darjah 1 kot.. he he..

antara internet dan terawih, pilihlah terawih pasai terawih mai setahun seakli jah, internet tiap2 hari iyer dak?;)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget