WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, August 4, 2011

KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH : RUMAH KEDAI

Selamat petang buat semua. Hari yang agak sibuk, tak sempat untuk Imanshah menjengah HOK SENGOTI, bertukar-tukar cerita dengan teman-teman. Apatah lagi untuk menziarahi blog kawan-kawan. Baru pulang dari sekolah mengawasi pepriksaan percubaan yang mana jadualnya petang, Apapun Imanshah nak sambung segmen KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH. Kali ini Imanshah nak kongsikan satu rancangan televisyen yang sangat popular pada masa kecil Imanshah. Rancangan tersebut merupakan rancangan drama bersiri RUMAH KEDAI.

Drama ini berkisar kepada  kisah sebuah keluarga yang menguruskan kedai runcit. Namun watak yang paling dikenang tentulah watak pembantu kedai tersebut iaitu Remy lakonan Harun Salim Bachik dan watak Tapa lakonan Sudiro. Ada juga watak-watak lain seperti Khatijah Tan dan Yusof Muhammad. Dramanya macam biasalah ada berbagai dugaan yang dihadapi oleh setiap watak dan masalah yang menimpa kedai mereka. Imanshah cuba juga godek-godek kat youtube takut ada, tapi tak jumpa.

Kalau boleh, Imanshah mohon TV3  tayangkan semula drama bersiri ini. Maklumlah zaman dahulu mana ada rancangan televisyen sangat. Maka sementara menunggu berbuka, maka setiap hari jam 5.30 terpacak depan TV menonton Rumah Kedai. Satu lagi rancangan TV yang mungkin masih dalam ingatan ialah cerita Arab mengisahkan Nabi Musa alaihissalam, kisah Qarun dan Hamman. 

Oklah , nak memasak jap..eh silap nak membeli lauk-lauk tunjuk kat Pasar Ramadhan. Sehingga ketemu lagi, kalau masih belum baca lagi segmen KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH, bolehlah membacanya di sini.



 Para pelkon drama bersiri Rumah Kedai





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

11 GENTA RASA:

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

yerrr
saya pun masih ingat cerita tu...

Selamat berbuka

Wassalam

- abdul hadi abdul muti - said...

owh..tau2...pernah tengok cerita ni tapi tak ingat pasal ape.

cucu umie said...

apcal ayie tidak tahu ea??? haishhh mcm best shjekan cerita itu..nasib baikalah ayie tak lhir dlm thun2 ats abg iman..hohoho

psttttt: beli shje ker abg? apcal xmasak..hohoh

zmah said...

Yang lama bila dikenang mengusik kalbu...

Afida Anuar said...

ya Allah... teringat kembali kenangan waktu kecik2 rumah kedai ni.. satu lagi iklan raya.. dulu2 punya iklan, lagi mantap la.. kan shah?

Awan Biru said...

Pelakon dia masih muda lagi.
Awan belum lahir barangkali.

diana said...

citer rumah kedai tu tak tengok sangt..
sebab masa tu sekolah rendah lagi.
minat tengok katon je..hahhaha..
tapi kadang2 tengok jugak la..
lagi satu drama wardah..
akak hafal lagu dia tau...:p

EE said...

ramai pelakon rumah kedai yg dah x de.al-fatihah...boleh x jgn cite pasal kenangan dulu,sebak rasa hati.

mie said...

selamat berpuasa...
gue pun teringat cerita ni..
ehehehhee

~Insan Biasa~ said...

Cerita bersiri kegemaran keluarga saya juga!

asraf osman said...

rasa mcm penah tgk,,tapi,entahla,,budak2 lg masa tu!;p

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget