WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, August 10, 2011

KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH : TUKANG MASAK IFTAR JAMIE'


Salam 9 Ramadhan buat semua pembaca setia HOK SENGOTI. Segmen KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH hari ini bersambung semula. Kali ini Imanshah nak bawakan pembaca sekalian untuk menyoroti kisah Ramadhan Imanshah di universiti sewaktu bergelar mahasiswa. Untuk pengetahuan semua, sewaktu di Universiti Imanshah terlibat dengan Majlis Perwakilan Pelajar USM serta Majlis Perwakilan Desasiswa. Sebagai YDP Kolej (Desasiswa Cahaya Permai), Imanshah bertangungjawan bagi memastikan setiap aktiviti kolej berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Dan antara program besar sewaktu bulan Ramadhan ialah mengadakan Iftar Jamai dan memasak untuk berbuka di Masjid Khalid Al-Walid.

Untuk program pertama iaitu Majis Iftar Jamie bersama pemimpin Universiti, kami telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama Timbalan Naib Canselor USM pada tahun 2002 bersama dengan semua penghuni kolej. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar, dan acara memasak dimulakan sejak jam tiga petang lagi. Seronok sebab semuanya diuruskan oleh kami sendiri dari aspek penyediaan makanan, jemputan, persiapan tempat, peralatan memasak dan sebagainya.

Bagi program kedua, iaitu memasak untuk majis berbuka puasa di masjid Khalid Al-walid, kolej Imanshah diwajibkan untuk membantu Pusat Islam untuk memasak juadah berbuka setiap hari Selasa sepanjang bulan Ramadhan. Bukan sedikit, hampir 500 jemaah setiap hari. Dan Alhamdulillah, memang program ini memberikan pengalaman yang cukup bermakna kerana kami bergotong royong memasak dan menyediakan bahan-bahan untuk berbuka. Sungguh teruja dan puas apabila melihat jemaah berbuka dengan hasil tangan kami semua.

Sememangnya, program ini sangat bermakna kerana disamping dapat merapatkan ukhuwwah, kami juga berpeluang untuk menyediakan  makanan buat para jemaah. Walaupun penat mengacau, mengangkat, menghidang dan banyak lagi aktiviti di masjid, namun ianya memberikan satu rasa kesyukuran yang tidak terhingga dalam jiwa, atas nikmat kekuatan dan kesihatan sehingga mampu untuk menyediakan juadah berbuka buat semua anggota jamaah.Antara amal kebajikan yang mendapat ganjaran besar dalam Islam ialah memberi makan kepada orang Islam yang lain. Dan ganjaran ini berlipat-kali ganda apabila orang yang diberi makan itu ialah orang-orang yang lapar dan berpuasa. Ini dijelaskan oleh Nabi,


"Sesorang mukmin yang memberi makan mukmin yang lapar, kelak Allah akan memberi makan kepadanya buah-buahan syurga, dan barangsiapa  memberi minum seorang mukmin, kelak Allah akan memberi air minum dari syurga" (hadith Tirmizi) 


Manakala ganjaran memberi makan kepada orang-orang yang berpuasa adalah sama dengan ganjaran yang diperoleh orang-orang yang berpuasa itu sendiri. Nabi pernah berkata,



"Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut" (Hadith Tirmizi) 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

7 GENTA RASA:

wahida said...

seronok bila ramai2 gotong royong sediakan juadah utk berbuka puasa...

- abdul hadi abdul muti - said...

wah, aktif betul!!

cucu umie said...

wah kire kalo kt upsi JMK and MPP lh abg iman nie ea?? kehkeh ayie biase2 shje tpy memang indah time bulan pose..ramai2 gotong royong..

Kalamhati said...

seronotnya..pengalaman tu bukan selalu jumpa..mmg jd kenangan dlm hidup dok..

Saiazuan said...

Alhamdulillah, rajin tul ko ni :D

Afida Anuar said...

tak pernah pun rasa pengalaman lagu tu masa kat u dulu, maknanya shah pandai masak la ni...wahhhh;)

siti murni said...

imanshah aktif masa kat U dulu yer..wahh..sweet memories tu..mesti rindu & teringat-ingat kenangan iftar dgn kawan2 sekampus kan..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget