WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, August 11, 2011

KERAJAAN ARAHKAN SEMUA PEJABAT MEMBUKA "AIR COND" PADA PARAS 24 DARJAH SELSIUS




Kerajaan akan mengeluarkan satu pekeliling mengarahkan semua bangunan miliknya agar tidak membuka suhu penghawa dingin di bawah paras 24 darjah selsius.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, satu akta baru akan dibentangkan di Parlimen untuk membolehkan penguatkuasaan yang sama dilakukan ke atas pihak swasta.
Katanya sehingga akta baru itu dibentang, perdana menteri telah bersetuju dengan cadangan agar semua jabatan kerajaan menetapkan suhu penghawa dingin mereka pada paras 24 darjah selsius sahaja melainkan di tempat-tempat yang diklasifikasikan sebagai kritikal seperti di hospital dan sebagainya.
Katanya lagi, arahan baru ini akan dikuatkuasakan sebaik sahaja ketua setiausaha negara mengeluarkan pekeliling kepada semua jabatan dan pejabat kerajaan.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di sini, Khamis.
Menjustifikasikan keputusan terbaru ini, Peter Chin berkata, di setiap pejabat, sekurang-kurangnya 40% daripada tenaga elektrik disalurkan untuk menjana alat penghawa dingin.
Bagaimanapun, untuk setiap darjah selsius yang dikurang pada alat penghawa dingin boleh membantu menjimatkan bil tenaga elektrik sehingga empat hingga tujuh peratus.
“Dan 24 darjah selsius adalah tahap suhu yang memadai untuk membuatkan suasana selesa kerana ia tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk," ujarnya.


SUMBER :MSTARONLINE

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

7 GENTA RASA:

Dinas Aldi said...

Tu dia aihhhh...

Afida Anuar said...

Oooo...

saya rasa kena kuatkuasakan juga tuk opis saya. Saya syak depa pasang aircond di bawah paras beku. Hari2 menggigil je kitaorang duk dalam opis.. he he.

tunz said...

wah...kat library mama pasang 16 djh celius tau...huhuhu

NzA said...

baik dok bawah kipas jelh...jimat!!!!

iKhRam said...

ala.. baru nak rasa sejuk2 sket.. huh!

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

pasang KIPAS jeee.....hehhee

::FAIZ FARISH:: said...

hm... no komen

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget