WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, August 8, 2011

KERETA BOLEH BELI, JAM LOCENG KEJUT SUBUH TAK BOLEH BELI


Assalamualikum semua. Sebelum bersama-sama berjuang mencari pahala yang Allah sediakan malam ini, Imanshah tinggalkan kalian dengan satu ayat .." Kamu, kereta boleh beli, jam loceng untuk mengejut waktu subuh tak boleh beli.."

Imanshah cukup marah bila bertanyakan kepada anak murid Imanshah, kamu solat subuh tak tadi. Jawapannya, maaf cikgu, saya tak jaga. Sungguh mudah mengeluarkan kata-kata tersebut, sedangkan siren untuk mengejutkan para pelajar berbunyi satu sekolah. Dasar pemalas, tak takutkan Azab Allah. Namun, sebagai guru kita selalulah berpesan, dan berpesan dan terus berpesan kepada mereka supaya tidak lalai.

Selalu Imanshah terbaca dalam FB tentang "kebanggaan" sesetengah dari kita yang mencanangkan, alamak terlepas subuh lagi, subuh gajah hari ini, tengah hari baru aku terjaga. Sungguh sedih sebenarnya. Teringat tetang satu hadith :

Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nah, betapa kita sebenarnya terpedaya dengan tipu daya syaitan yang berjanji untuk menyesatkan umat manusia. Imanshah pun tak faham kadang-kadang kita tengok sesorang itu dapat melayari internet sehingga lewat malam, mentelaah, menyiapkan assigment, berblog , rempit malam minggu dan banyak lagi aktiviti yang dilakukan. Namun, untuk bagun solat subuh, alamak, mengapakah susah sekali. Jawapannya, sebab kita tidak merasakan bahawa Allah dekat dengan kita dan sentiasa memerhatikan setiap amalan kita. Kita hanya takut dengan manusia. Contohnya jika tidak siapkan assigment, pensyarah akan GAGAL kan kita.

Baiklah teman-teman, jumpa lagi nanti. Panggilan azan telah berkumandang.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

mary ann ;) said...

bln2 puasa2 mcm nie, lepas sahur jangan terus tidur, tunggu je subuh..kompem tak terlepas nk solat..


isyak lak, jgn lengah2..masuk wktu terus solat..kalau tak mmg tinggal mcm tu je lah.


yg 3 lagi pon mcm tu jgk.. ;) ;)

Kalamhati said...

dua waktu yg susah org nak jaga..ramai yg terbabas..

nak2 yg remaja skang..bila suruh tido awal..alasan belum ngantuk..waktu malam waktu untuk cari idea konon..kalau dah kul 3 4 baru tido..mana nk sedar Subuh..huhu sedih

yatie Awang said...

Akak biasa guna jam telefon je...Alhamdulillah, masih boleh lakukan dengan sempurna

YUL said...

kebiasaannya bulan puasa nie org tak terlepas menunaikan kewajipan ini, maklumlah, lepas sahur je, kite akan tunggu tuk solat subuh, isya; pula sewaktu berterawih, hurm.. nak tak nak tu dtgnya dr pangkal aty kite kan? kite dah berpesan, terpulanglah kpd mereka sama ada nak ikot ataupon tidak.

- abdul hadi abdul muti - said...

sahur dalam pukul 5,so,530 kira dah habis sahur, lepas tu amik air sembahyang, solat tahajud before subuh. dulu, masa form 5 sementara tunggu subuh la study. huhu.
star sekarang dah lain gila kan?

IMANSHAH said...

@- abdul hadi abdul muti -

what do u mean lain ??

cik mas said...

kalau sahur kena terus bangun kalo tdo balik jawabnya tak subuh la :(

lama giler x dtg blog ni...huuu

a d i n said...

btol cikgu.. sangat setuju.. sama2 la kita doakan agar kita semua diturunkan hidayah..

btw, kalau bab loceng tu kan, try suggest kt diorang, alarm letak kt tempat tinggi2, supaya nanti bila bangun diorang kena panjat kerusi baru leh tekan loceng, hehe.

sy slalu buat mcm tu, bila dah penat panjat, senyum sorang2, xD

NMH said...

kadang2 jadi macham trend tertinggal subuh..ada jugak yang jenis tak tido sampai subuh..bila siang hari tido zuhur tinggal same je..bangun2 nak azan maghrib sbb na berbuka..hmm

iKhRam said...

selalu saja ada perasaan itu.. insyaallah akan berusaha .. terimakasih cikgu imanshah

Eazy Izzuddin said...

selalu lepas sahur tunggu subuh..
lepas subuh...
baru nak tidur sekejap ke...
xD

hani@debumelukut said...

kalau yg belum dewasa tu ok jugak lah, ini yg dah besar panjang, kalau tak di ingatkan mau nya terlepas waktu..geram sungguh!

Dinas Aldi said...

Semoga pesanan berterusan tanpa lelah cikgu Imanshah akan masuk dan menginap di jiwa mereka, insyaallah.

NzA said...

sbnarnya semua itu trpulang pd naiwatu kita..jika sblm tidur kita tlh berselawat, membaca Al-Fatihah dan brbisik serta brjanji utk bangun pd waktu trtentu, insyaAllah, ada sesuatu akn brbisik n mengejutkan kita..ttp kena betul2 ikhlas...dh lama akak amalkan ni sejak di bangku SK. Alhamdulillah akak akn dikejutkan tepat pd waktunya tnpa menggunakan jam loceng......

shetaq said...

saya di sini juga alami situasi yang sama. pelajar dtg lambat kelas, alasannya bangun lambat. soalan saya: kamu solat subuh tak? jawapannya dengan selamba...bangun pun lambat puan, mana sempat solat subuh. erkkksss.... mereka lebih takutkan denda saya dari azab api neraka...

apa lagik, kena tazkirah free lah di awal pagi. ahaks!

adol ihsan said...

Salam..

Hisshh.. SIREN sekolah tu bukan main kuat lagi pun takleh bangun? hehe..

:)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget