WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, August 13, 2011

KES CULIK GADIS SEMAKIN MENJADI-JADI. BERHATI-HATILAH!


Tindakan pantas seorang bapa melaporkan kepada polis kejadian anak gadisnya dilarikan oleh tiga pemuda yang menaiki sebuah kereta Perodua Kancil berjaya menyelamatkan anaknya itu daripada menjadi mangsa culik.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata dalam kejadian pukul 9.15 malam tadi, bapa berumur 36 tahun dan bekerja sebagai buruh itu terdengar jeritan anak gadisnya yang ketika itu sedang membeli barang di sebuah kedai runcit berhampiran rumah mereka di Kampung Alor Peroi, Kuala Besut.
“Apabila keluar dari rumah, dia ternampak seorang lelaki yang tidak dikenali sedang menarik anak gadis berumur 15 tahun itu ke dalam sebuah kereta Perodua Kancil berwarna perak yang juga dinaiki dua lelaki lain.
“Tergamam dengan kejadian itu, si bapa tidak sempat mengejar kereta itu kerana ia berlaku terlalu pantas dan segera membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut sejurus kejadian berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bertindak atas laporan, satu operasi dilancarkan dengan bantuan orang ramai dan akhirnya polis berjaya menahan dua lelaki kira-kira pukul 2.30 pagi ini hasil serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Manok, Pasir Putih di Kelantan iaitu kira-kira 20 kilometer daripada tempat mangsa diculik.
Kamaruddin berkata gadis yang menjadi mangsa culik itu ditemui di rumah berkenaan dalam keadaan ketakutan.
Berdasarkan pemeriksaan doktor yang dibuat di Hospital Daerah Besut pagi ini mendapati gadis berkenaan tidak diapa-apakan oleh suspek, katanya.
Polis kini menahan reman kedua-dua lelaki yang berumur 25 dan 17 yang berasal dari Kuala Besut itu untuk membantu sisatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.
Polis juga sedang menjejaki seorang lagi suspek dalam kejadian itu yang dipercayai melarikan diri semasa serbuan dilakukan, katanya. – BERNAMA

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

Kalamhati said...

Bahaya nih..huhu

cikgu isza said...

ingat masa zaman muda2 dulu.. akak tak kisah pun nak jalan mana2..
zaman sekarang jangan kata anak gadis.. nak lepaskan anak kecil pun sakit jantung..

ckLah said...

Isk...tak jadilah nak culik Shah. Takut Kanun Keseksaan Seksyen 363 tu.

IMANSHAH said...

@ckLah

haha ni dah terbuka nak culik ni, buleh le jadi bahan bukti

IMANSHAH said...

@cikgu isza

takut nanti akak yang kena colek..adei

Siti Mashitah Saidin said...

uih... takotnya!

laskar pelangi said...

bahaya betol..takot plak nak kuar sorang2..=.=

||aLeaSaRa|| said...

tq 4 this info.duklah area mana sekali pun.mmg org jahat banyak sekarang ni.mmg risau apatah lagi kite ada anak pompuan,anak lelaki pun kite risau jugak.kite yg mak budak ni pun tkt keluar wpun setakat pergi balik kerja,lelali zaman skrg ni dah tak namapk anak dara ke,mak dara ke...semua jadi mgsa.semoga Allah ldgi keslmtn kite dan anak2 serta semua rkn blogger perempuan amin....

IMANSHAH said...

@laskar pelangi

nak kuar kena bawak teman dik oii

Afida Anuar said...

Trg lagi...adehh mcm2 skrg ni. Gerun pulak rasa. Mintak2 Allah pelihara kita semua anak2 gadis ni..

PS: Allah...besarnya nampak nama sy kat sblah tu. Kene slow2 nampaknye..kekekkeke

Azham Vosovic said...

ish menakutkan la dunia zaman sekarang....

NzA said...

Kena slalu brhati2...

cik mot said...

err~ takutnyer.. hmm.. skrg ni kes culik, bunuh, rogol makin menjadi2.. takut2.. moga kita semua dijauhkan dgn benda2 mcm ni.. amin~. bydaway, dh follow anda jugak! hehehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget