WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, August 28, 2011

KUMPULAN SEPAH SAH BERPECAH


Juara Maharaja Lawak, Kumpulan Sepah hari ini mengesahkan bahawa kumpulan itu secara rasminya berpecah setelah tidak lagi mempunyai persefahaman dan masalah peribadi di kalangan anggotanya.
Seorang anggota kumpulan itu, Jepp, dilaporkan memberitahu akhbar bahawa anggota kumpulan lawak paling mantap itu sebelum ini beberapa kali kurang mampu memberikan komitmen kepada kumpulan dan terpaksa dibina kembali untuk pertandingan Maharaja Lawak yang lalu.
Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa tidak tahan lagi dengan situasi tersebut dan mengambil keputusan untuk berpecah.
“Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan,” katanya yang dipetik dari akhbar Berita Harian hari ini.
Sementara itu, seorang lagi anggota kumpulan tersebut, Shuib, turut senada dan pasrah dengan apa yang terjadi kepada Maharaja Lawak itu.
Shuib mengaku pernah ada melakukan perbincangan bersama anggota lain mengenai masalah kumpulan itu, namun ianya tidak mencapai kata sepakat dan akur dengan keputusan untuk berpecah meskipun sangat sayang pada kewujudan kumpulan itu.
“Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini,” katanya yang dipetik dari akhbar yang sama hari ini.
Kemantapan kumpulan paling lawak di dalam industri hiburan tanahair itu dikesali pelbagai pihak dan peminat, serta menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar khususnya kepada persembahan bercorak komedi.
Blog hiburan terkenal, Beautifulnara.com.my berkata, memandangkan industri komedi negara ketandusan dengan artis-artis yang mampu menghiburkan dengan lawak jenaka mereka, pepecahan yang berlaku kepada Kumpulan Sepah adalah sangat dikesali.
Bagaimanapun, Abang Nara mencadangkan agar anggota kumpulan itu agar jangan berputus asa dan mungkin mereka boleh bergabung dengan kumpulan lawak lain untuk menggamatkan lagi industri hiburan komedi tanahair.
SUMBER : MYNEWSHUB

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

10 GENTA RASA:

Jiejah Gorjes said...

semakin terkenal semakin besar komitmen mereka. :)

Saiazuan said...

kita kehilangan 1 kumpulan yg brpotensi besar menjadi the next bujang lapok, iaitu bujang sepah

adrenalina said...

lorh...baru nak bersinar dgn gemilang dah pecah..sayang nya...tapi nak buat mcmmana kan...udah takdir..semoga mereka akan berjaya dengan kerjaya mereka masing2 nanti

cucu umie said...

herm..sudah takdir mereka..

Anas Clay said...

aduh, sayangnya.. saya satu famili peminat Sepah.. =(

cheqna said...

sangat2 suka dengan kumpulan ni...tapi kalau dah itu keputusan terbaik untuk mereka....terima jela

azyra rshad dear :) said...

erm sedey sgt2...hope sepah dapat bersatu kembali..=)

Citarasa Rinduan said...

sangat hampa dengan berita ini...

Afida Anuar said...

oooo... mcm CNN pulak shah ni.. hehe;)

iKhRam said...

bersatu teguh bercerai roboh..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget