WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, August 19, 2011

LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAP AZMIL MUSTAPHA (PELAKON FILEM ALI SETAN)



Satu laporan polis dibuat terhadap bekas pelakon terkenal, Azmil Mustapha, atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’ atas beberapa dakwaan termasuk mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan dan menjatuhkan martabat Yang DiPertuan Agong.
Menurut laporan polis tersebut, Azmil, dikatakan menyampaikan ceramah  di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang ketika para jemaah sedang bersedia untuk bersolat tarawih di situ, pada 18 Ogos.
Laporan itu dipercayai dibuat salah seorang jemaah masjid berkenaan .
Antara kandungan ceramah yang dicatat di dalam laporan polis itu adalah seperti berikut:
1) Menuduh Kerajaan tidak Islamik di mana sekolah-sekolah Kerajaan yang ada mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah-sekolah yang beragama Islam.
2) Mempetikaikan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara di mana (Azmil) mempertikaikan keluhuran perlembagaan ditukar kepada perlembagaan Al-Quran.
3) Tidak perlu mengagungkan DYMM Sultan dan DYMM Yang DiPertuan Agong di mana yang perlu diagungkan hanya Tuhan sahaja.
4) Berulang kali beliau mengeluarkan kata-kata ‘Melayu bodoh’ dan ‘tidak ada telur’.
5) Mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pope Kristian dan mempersoalkan apakah niat di sebalik pertemuan itu.
6) Dasar Ekonomi Baru (DEB) dipertikaikan dan ditukarkan kepada ‘Dasar Ekonomi Bodoh’.
7) Menyampaikan ceramah di dalam masjid tanpa tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
8) Apabila ditegur oleh seorang jemaah (Tuan Hj. Keman), Azmil menghinanya dengan mendakwa bahawa segala ibadah, haji dan zakat jemaah yang membuat terguran itu sia-sia belaka.
Sebelum ini, Azmil yang berhijrah ke Syiria mendorongnya untuk kembali ke tanahair ekoran suasana negara itu yang tidak terkawal dan huru-hara.
Azmil merupakan bekas pelakon popular tanahair sekitar tahun 80’an pernah membintangi filem Ali Setan, Ali Setan II, Mekanik dan Suara Kekasih, berpasangan dengan pelakon wanita diva terkenal negara, Fauziah Ahmad Daud, atau lebih dikenali sebagai Ogy.
Beliau kemudian bersara dari dunia hiburan tanahair dan mengambil kesempatan untuk mendekatkan diri dengan agama Islam.


SUMBER : MYNEWSHUB

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

13 GENTA RASA:

norfaridahanum said...

al-kisahnya....ada orang yang mempolitikkan agama dan ada yang mengagamakan politik...bila bercakap soal kerajaan tak cukup islamik etc nih,saya sangat suka mendengar komen dr.asri (maza).adab bernegara ada diajar dalam pendidikan islam form4.aish!tak nak ulas panjang dah..boleh cari kat utube.

missgee said...

Ntah arr..
Susah nak komen bab2
politik nie..
Banyak sangat tempangnya..
Banyak sangat tak betulnya..
Kang tersalah cakap
orang kata lain2 pulak..
Memerhati dan mengkaji
sendiri tue arr yang
reti saya buat..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

sumone..plis help him...

Miecyber said...

Berani kerana benar...

sayangsayangibu said...

hrrrmmm.....tak tahu nak komen apa

cikgu isza said...

tak suka bila semua perkara nak dipolitikkan..

yatie Awang said...

agama kalau di politikkan memang rosak, kalau nak berdakwah, berdakwah je lah...

Zul Fattah said...

layan bro..

jom join segmen blog saya..
http://zulfattah.blogspot.com/2011/08/segmen-cerita-aku-dengan-bulan.html

Alang Ridhwan said...

ada betulnya jugak.. Malaysia nih dah banyak sangat benda pelik yang berlaku.. nak mintak kiamat/bala turun cepat gamaknya... jangan kita duk telan je apa yang orang atas cakap. gunakan akal, fikir, apa guna al-quran kalau sekadar hiasan, apa guna hadis kalau sekadar untuk bagi tazkirah maghrib, tapi tak diamalkan secara keseluruhan?

alif haris said...

ade betul tapi ade yg tak betulnya ..
huhu ..
dah pening nk menyebelahi pihak mana..

BM said...

setuju..ada yg betul dan part2 akhir tu nampak tidak relevannya..

Afida Anuar said...

Sabo sabo... ceramah bab ramadhan ok sket kut AM dalam bulan puasa ni. Kasi kesedaran sedikit tuk rebut 10 malam terakhir ni..... nanti lepas ramadhan sambung balik ceramah bab politik eh AM?;)

he he

ikan emas said...

asalnya nak dapat pahala sebab berdakwah agama..ttp akhirnya dapat dosa mengumpat...tak kiranya sape yg dikutuknya

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget