WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, August 14, 2011

LEE CHONG WEI MENANG KE ATAS CHEN JIN, LAYAK KE FINAL KEJOHANAN BADMINTON DUNIA


Sebentar tadi Imanshah menyaksikan perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia antara Lee Chong Wei dan Chen Jin dari China. Alhamdulillah, Chong Wei meneruskan momentum kemenangannya dalam Kejohanan Dunia kali ini apabila berjaya melangkah ke final esok.

Dalam pertemuan sebentar tadi, Lee Chong Wei berjaya menewaskan juara tahun lalu, Chen Jin 21-13, 21-9 dalam masa hanya 43 minit sahaja. Segala-galanya menjadi buat Chong Wei hari ini dengan persembahan yang begitu meyakinkan. Manalakal Chen Jin banyak melakukan kesilapan dengan kegagalan membalas pukulan smash dan dan drop shot Chong Wei. 

Untuk rekod, Chong Wei akan menentang pemenang antara Peter Gade Christinsen dari Denmark atau Lin Dan dari China. Sekali lagi tahniah buat Lee Chong Wei dan jangan lupa untuk sama-sama menyaksikan final perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia di London esok. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

10 GENTA RASA:

Carl id said...

dah nak bersara setahun dua lagi ni makin menjadi plak ya !

IMANSHAH said...

@Carl id

itulah pasal, moga menang tahun depan sukan olimpik

aiman fanboy k-pop said...

lin dan meszti dpt pergi peringkat akhir.....lee chong wei lawan lin dan?>eeerrrmmmm...........semuanya terjawab bila tiba masanya....

sayangsayangibu said...

seronok dia belasah tadi,kiri kanan dia makan

Hana Soffelia said...

A'ah, tgk td. BEz je dia main.

insan_marhaen said...

Satu-satunya pemain yang konsisten prestasinya. Buat masa ini, Malaysia masih leka dari mencari penggantinya.

Nizam Ijam said...

tahniah chong wei..

missgee said...

Zaman kegemilang Chong Wei...
Zaman rakyat malaysia bersorak
gembira...
Harus ada bakal pengantinya..
Biar sorak itu sentiasa bergema
bila chong wei takde..

missgee said...
This comment has been removed by the author.
NzA said...

Tahniah LCW....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget