WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, August 14, 2011

LEE CHONG WEI vs LIN DAN DALAM FINAL KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011



SEKARANG atau lupakan terus impian menjulang gelaran dunia. Itu yang perlu dilakukan oleh pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang berjaya melangkah ke final Kejohanan Badminton Dunia 2011 di Arena Tertutup Wembley, London malam tadi.
Inilah masa terbaik buat dia melakukannya atau lupakan terus gelaran dunia.
Pemain No. 1 dunia itu hanya selangkah lagi untuk merealisasikan hajatnya itu apabila mara ke final setelah menjinakkan pemain muda China yang juga juara bertahan, Chen Jin 21-13, 21-9 pada separuh akhir.
Pada pertemuan di Arena Tertutup Wembley itu, Chong Wei jelas bukan tandingan Chen Jin apabila berjaya menafikan setiap hantaran juara bertahan itu sama ada di depan jaring atau di garisan belakang.
Lawan Chong Wei pada aksi final hari ini ialah seteru utamanya, iaitu Lin Dan yang juga pilihan kedua kejohanan.
Selepas kekalahan pasangan beregu, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong di suku akhir kelmarin, Chong Wei kini satu-satunya pemain yang menggalas harapan negara di final dalam kejohanan yang sudah memasuki edisi ke-19 ini.
Kini hanya Lin Dan saja yang bakal menjadi penghalang kepadanya untuk menjulang gelaran dunia, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai pemain terhebat abad ini.
Pada edisi 2009 dan 2010, Chong Wei ditunjuk jalan keluar pada peringkat suku akhir.
Dia tewas kepada Sony Dwi Kuncoro pada edisi 2009 dan disingkirkan oleh Taufik Hidayat pada edisi 2010.
Pencapaian terbaiknya pada Kejohanan Dunia ialah pada 2005 yang menyaksikannya mara ke separuh akhir, namun gagal meneruskan kemaraan lebih jauh. 
Untuk lebih banyak berita tentang sukan sila rujuk : SOKERNET.COM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

Gen2Merah said...

all the best DLCW.... memang kagum tengok game dia belasah Chen Jin semalam...

anyway, final hari ini main jam berapa ya....

insan_marhaen said...

Harap CW akan menang.

IMANSHAH said...

@Gen2Merah

lepas maghrib..ayo kena pi semayang terawikh dulu

Gen2Merah said...

alaaa..macam tak sempat laa.. tempat saya berbuka pukul 6 lebih, solat maghrib, solat isyak solat terawih, pukul 9 baru dpt pulang rumah.. uhuhu.. harap game LD dan CW lepas waktu tu..

thanx ya follow saya.. followed u already b4...

Miecyber said...

Buku bertemu dengan ruas...

IMANSHAH said...

@Miecyber

sapa buku sapa pulak ruas?? hu hu

nuruhuda_329 said...

dah ramai follower..so tak leh pomot ye hahahhahaa =P

IMANSHAH said...

@nuruhuda_329

haha gurau2 je

Hana Soffelia said...

Hari ni final? pukul bape? hope Malaysia Boleh. teheee

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget