WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, August 5, 2011

MAJLIS TAHLIL DAN IFTAR STARIAN 037


Dua minggu lepas Imanshah menerima jemputan daripada bekas pelajar Batch 037 yang akan mengadakan Majlis Iftar Batch mereka serta majlis tahlil anak murid Imanshah (Shahnour) yang telah kembali kerahmatullah pada tahun 2009. Entri tentang kepergiannya ada DI SINI. Majlis ini akan diadakan di kampung halaman arwah di Jeram, Selangor. Masih terkenang suasana kampung ini sekitar tahun 2009 apabila Imanshah turut menziarahi jenazah arwah ketika itu.

Namun, sayangnya Imanshah tidak dapat turut serta dalam program ini. Apapun Imanshah nak ucapkan tahniah buat Aizat selaku penganjur yang telahpun membuat persiapan yang baik, khusunya menghubungi keluarga arwaah serta menempah makanan seterusnya menjemput rakan-rakan yang lain. Sememanagnya hubungan sesama rakan dalam kalangana STARIAN sangat rapat dan inilah antara program tahunan yang dilaksanakan bagi merapatkan ukhuwwah mereka setelah masing-masing terpisah jauh setelah menamatkan alam persekolahan mereka.

Apapun, cikgu ingin mengucapkan selamat bersua kembali buat semua, berhati-hati dalam perjalanan. Maklumlah bualan puasa dan ada yang datang dari selatan, timur mahupun utara. Kirim salam buat keluarga Allaahyarham dan sama-sma kita doakan agar arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman. Semoga Allah merahmati usaha murni kalian.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

cucu umie said...

ukhwah yg terjalin itu pasti akan tetap terjalin..btw, semoga arwah anak murid abg iman tu berada dlm klgn orng beriman..

- abdul hadi abdul muti - said...

wah..terharu!!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget