WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, August 18, 2011

MEREKA MATI KELAPARAN DI SAAT KITA KEKENYANGAN

Assalamualikum semua. Selamat menunaikan ibadah puasa buat hari ke 18. Hari ini Imanshah nak kongsikan satu video tentang kesusahan, kepayahan dan keperitan rakyat Afrika akibat kebuluran. Lihatlah bagaimana sukarnya untuk meneruskan kehidupan di sana, kematian menanti bila-bila masa akibat dari kekurangan makanan dan zat. Sedangkan kita?? Makanan pun selalu berlebihan, kalau pergi Pasar Ramadhan, tangan penuh kiri kanan. Bersedekahlah, hulurkan lah bantuan kepada mereka yang memerlukan. Syukurilah nikmat yang diberikan oleh-Nya. Hargailah nikmat kedamaian, kemakmuran dan kesenangan di bumi Allah ini.


Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan , akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.ALBAQARAH - 177




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

5 GENTA RASA:

Ezay Hadry said...

ha'a, bersyukur lah kita dengan nikmat yang ada..jangan membazir sbb ramai lagi lebih susah dari kita..

cikgu isza said...

nilai kesyukuran..
kkadangkala hanya mainan di mulut..
hakikatnya.. berapa ramai yang tidak bersyukur?

pCL [p@kcikLie] said...

waktu membeli juadah mmg tak hengat ..semuanya ikut nafsu, secara tak langsung pembaziran berlaku tanpa pernah terfikir kpd mereka yg sangat memerlukan...xpernah rasa 'kebuluran' tu sbb org2 kita cm npk 'kebulur' jer di pasar2 ramadhan . [secara umum].

Azmer Lias said...

kalo tgk video ni smbil phm apa yg dia ckp, msti lgi tacing tgk..huhu:(
good reminder

Afida Anuar said...

Lebih kurang macam ni...

depa mati sebab takdak makanan..kita kat sini mati sebab terlebih makan..oh!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget