WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, August 16, 2011

MINUM AIR MAYAT



Gara-gara terpengaruh dengan perkara tahyul, ada individu negeri ini dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah dan lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.

Perbuatan khurafat itu didedahkan Pengurus Pusat Urusan Jenazah Islam, di sini, Mohd Ariff Tengah, 35, yang memberitahu dia menerima lebih 50 permintaan daripada waris dan individu tidak dikenalinya untuk mendapatkan bekas air mandian itu sejak terbabit pengurusan jenazah 15 tahun lalu.

“Jumlah itu tidak termasuk yang datang secara sembunyi-sembunyi menadah air mandian jenazah di bawah rumah ketika proses mandi mayat.

“Kata mereka, air mayat itu boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman.


“Jadi, sekiranya ia digunakan sebagai ubat kepada individu yang masih hidup, tentu ia boleh mendatangkan jangkitan penyakit,” katanya yang juga perunding pengurusan jenazah Yayasan Islam Terengganu.  sumber : METRO

Hurm, macam-macam sekarang. Inilah masalahnya kalau ilmu agama kurang di dada. Syariat ditinggalkan, khurafat jadi panduan. Namun ada juga yang ada ilmu, tapi tak amalkan. Sebaliknya menggunakan ilmu pada jalan yang salah. Teringat akan firman Allah : 


Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah SWT, maka sesungguhnya iatelah berbuat dosa besar." ( An-Nisa : 16 )



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

21 GENTA RASA:

NzA said...

alahai mcm2...

peachippo said...

erkkkkkkkk ??
tak snggup guwe..
luga anok tekok :P

sonata anak kancil said...

tergamak ambik air mandi mayat...cuba baca Quran ada ke firman Allah swt @ hadis Nabi tentang ini...rasanya tak ade kot - wallahualam

IMANSHAH said...

@sonata anak kancil

memang takde, khurafat namanya kak

Cik Asma BLuppy said...

ayo..... benda macam ni boleh percaya ke? knpe la tak mtk ddr ALLAH.=? tahyul betul.

insan_marhaen said...

agaknya ada yang pulih sebeb itu yang lain terpengaruh sama.

a kl citizen said...

ada jugak perangai tak betul macam ni

Afida Anuar said...

ewwww....sanggup depa noo..

ibuintan said...

Iman... mengingatkan ibu pada satu cerita benar

L said...

ish3....

saya syg awak?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/kasih-sayang.html

Hana Soffelia said...

Macam2lah. nk minum air jenazah tu, enth2 kotor ke, lg2 yg nk tadah bwh rumah tu, dgn debu2 melekat kat papan rumah ke.. erk...

Abd Razak said...

Bahaya boleh terjejas aqidah..

yatie Awang said...

aduh...macam2lah..macam mana orang kita masih percaya dengan benda2 macam ni

khaifaiz said...

uish2... benda mcm ni pun ada

::FAIZ FARISH:: said...

air mayat tu kotor.... bagi aku 1000 pun aku tak nak.....

IMANSHAH said...

@ibuintan

cerita apa ek?? ce citer ce citer

IMANSHAH said...

@Abd Razak

betul ustaz, takut terjejas aqidah

IMANSHAH said...

@::FAIZ FARISH::

kalau sejuta?? nak tak?

Saiazuan said...

astaghfirullah!!! haram tu..

iKhRam said...

orang sekarang ni tak de keje cari keje..

alif haris said...

astaghfirullah ..ni la jadinya bila takde pegangan agama yg kukuh ..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget