WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, August 6, 2011

MOH LE KITA BAYOR ZAKAT FITRAH

Apa khabo semua?? Masih tidur ke yop?? Cuti-cuti sedap tidur kan. Teman tak buleh nak tido pagi ni. Banyak benda nak bereskan hari ini. Antaranya nak membayo zakat fitrah. Hari ini udoh enam hari kita berpuase. Kalau free tu moh le sama-sama kita bayo zakat fitrah ni. Bukan ape, kadang-kadang terlupa. Itu memang teruk le kalau dok bayar zakat fitrah sebabnya rukun Islam ni. Kalau idok tahu, jumlah bayaran setiap negeri buleh le nengok jadual di bawah. Tapi di Johor ada ralat sedikit, jumlahnya RM 7.50 sebenornya.


Kalau nak tahu bile waktu mengeluarkan zakat fitrah, kome buleh le tengok kat bawah ni.

Waktu mengeluarkan zakat fitrah 

Waktu wajib : Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya. 
Waktu yang paling afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya. 
Waktu sunat : Sepanjang bulan Ramadhan. 
Waktu makruh : Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal. 
Waktu haram : Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Teringat pulak kat arwah ayah teman, dulunya Imam merangkap amil mengutip zakat. Rindu sungguh saat itu. Setiap hari ade je oghang datang ke ghomah bayar zakat. Nanti teman citer dalam segmen KENANGAN RAMADHAN IMANSHAH untuk episod ke empat. Assalamualaikum..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

diana said...

21.90 semuanya untuk kami bertiga...
kt sabah mahal nya..
biasanya suami akak bayar sebelum balik kampung nak beraya..

aiman fanboy k-pop said...

awalnya bayar zakat fitrah!!!tapi,tak pew....benda2 baik nih seboleh2nya wajar dipercepatkan...aiman tak tahulah bilew nak byr zakat fitrah

Rozali said...

Assalamualaikum Imanshah

bagus bagus..mike bayor awal
nanti takut terlupe pulak yer

rasa2nya diselangor tempat teman RM7.00...

SELAMAT BERPUASA

Wassalam

Afida Anuar said...

Shah, nanti dah kahwin..kena bayarkan zakat fitrah tuk isteri sekali tau;)

eddy syrol said...

sekarangs enang je bayar zakat..mana2 ada kaunter... (~_~)

sini
SEGMEN PERTAMA EDDY SYROL

insan_marhaen said...

Tulisan yop juga mengingatkna teman pada abah teman yang dulu selalu bayo firah teman masa kecik dulu.

Kakzakie said...

Sekarang nak bayar zakat dah dipermudahkan. Tempat di mana ada bazar di situ juga ada amil pengutip zakat. Terpulanglah...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

~time kasih info ini...

cucu umie said...

ayie pelik juga..sebb tok imam ckap 7.50..hehehee

Far8 budak baik said...

aku tahu mcm ner perasaan
kehilangan seorang ayah..
doakn dy selalu eh..
pas zakat tu..parent aku
yg bayar..aku x tahu..ikut je..
selamat berpuasa ehh

Edy Fee said...

syukran info berguna..
tahun ni ase nak byar sendri.hehe

MR. SYAH said...

nak kena prepare rm7.30 ni.. selamat membayar zakat..

Kalamhati said...

Syukran..insyaAllah nak bayar awal sikit tahun ni..thn lepas kak wan byr ko jiran dekat umah..org tua yg miskin sgt..

AIEN NOT ALIEN said...

mari bayar zakat... ^_^

Edy Fee said...

hahaha same ngan mr shah

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget