WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, August 14, 2011

NICOL RANGKUL KEJUARAAN TERBUKA AUSTRALIA



Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David merangkul kejuaraan sulung Terbuka Australia dalam percubaan pertamanya apabila menumpaskan Jenny Duncalf pada perlawanan akhir, di sini hari ini.
Nicol, pemain nombor satu dunia dan juga pilihan pertama kejohanan, menampilkan persembahan cemerlang untuk mengatasi pemain England itu dengan 11-8, 11-4, 11-6 untuk memastikan namanya terpahat pada Piala Heather McKay bersama pemain lagenda sukan itu.
Nicol menguasai perlawanan dengan mendahului 6-1 pada set pembukaan sebelum Duncalf bangkit untuk mengejar kutipan mata sehingga berjaya menyamakan kedudukan sebelum jaguh dunia itu menang set pertama.
Anak kelahiran Pulau Pinang yang dibimbing oleh Liz Irving itu sekali lagi menguasai set kedua untuk mencapai kemenangan mudah sebelum Duncalf memberi saingan awal pada set ketiga.
Bagaimanapun, rentak permainan Nicol yang agresif dan sukar diramal itu menyebabkan Duncalf, pemain nombor dua dunia, terpaksa akur dengan kehebatan lawannya itu.
“Saya perlu konsisten dan pergerakan saya adalah baik serta menumpukan perhatian sepanjang perlawanan akhir ini. Saya tahu kejohanan ini mempunyai sejarah istimewa dan berprestij.
“Saya tidak mahu lepas peluang untuk nama saya tertera pada piala itu dan bangga dengan kejayaan ini,” kata Nicol yang berusia 27 tahun. – BERNAMA

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget