WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, August 1, 2011

PENJELASAN BEKAS TUNANG KHAIRUL FAHMI PASAL PUTUS TUNANG



KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.


“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.


“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.


Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.


“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.


Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.

“Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.


“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.


Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).


“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.


Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.


Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.

SUMBER : METRO

Ramadhan ni, banyaklah bermuhasabah diri. Kurangkan bercakap dan banyakkan amal. Dari orang tak tahu jadi semakin ghairah orang nak tahu. Sekarang satu Malaya dah tahu. Ayo..ni susah kalau orang popular, sidang media sesaja..Huhu..


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

isyam mirah said...

ada hikmh d sebalik kejadian kn..
klu jodoh x kemana..

seingat mirah, prnh bc psl btunang ni..seelok ny btunang prlu d hebah3 kn, lain la klu kawen mmg perlu d hebah2 kn..
klu mirah salah, mnta btol kn :)

gadisBunga said...

harap2 mereka berbaik balik. tak sedap la dgr cerita putus-putus tunang ni...

NuR si CiKGu RiBeNa said...

lebih baik tahu sekarang dari tahu di kemudian hari/..

Citarasa Rinduan said...

elok yang terbaik..sblm menyesal kemudian hari

NzA said...

setiap yg brlaku ada hikmahnya....

sarah-najwan said...

hanya mereka yg tahu sebab musababnya..doakan yg terbaik..

Alexandriana Alia said...

kalau dua2 pihak guna media sampai bila pun tak setel.

ibuintan said...

kalau bertunang pun dah bermasalah, eloklah putus saja


selamat berpuasa Iman... moga segala ibadah diberkatiNya

Alan Rizque said...

Lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik..begitulah sebaliknya..semoga diberkati Allah hendaknya..

L said...

dtg sini beri senyuman,, nk bg milo, tp pose kan?? =)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/selamat-berpuasa-ya.html#comments

saiazuan said...

ada jodoh x kemana kan bro :)

yups2 bln2 puasa ni kna stop tgk2 movie, kang trbeli popcorn rugi pulak..hehe

special komik untuk bulan puasa, hope ya enjoy it
http://eleventx.blogspot.com/2011/08/atwr-comic-5-selamat-berpuasa.html

cucu umie said...

mungkin ad hikmah berlaku semuanya seblom perkahwinan..

Afida Anuar said...

Dugaan di bulan ramadhan.... bukan jdoh depa gamaknya..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

sedangkan MAWI pon bole..ini kan pulak KHAIRUL CHE MAT....

Miecyber said...

Panaz....

iKhRam said...

bila sudah terkenal.. ini adalah antra dugaannya..

Si Budak said...

tak thu nak kata ape...dunia retis macam tu lah..haha
salam perkenalan...

Dinas Aldi said...

baru bertunang pun dah jadi macam2, alamat takda jodoh la tu. itulah hikmah kejadian ni.

h A n Y S said...

dah jadi sebab bukan jodoh mereka.. hmm..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget