WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, August 1, 2011

PESAN AYAH


Seorang usahawan muda yang berjaya dan kaya raya telah meninggal dunia  kerana alahan dan sensitifit terhadap sinar matahari yang menyebabkan berlakunya kanser kulit. Sebelum meninggal, beliau telah berpesan kepada kedua-dua anaknya yang masih kecik pada waktu tersebut. 

"Ayah akan mewarisi seluruh kekayaan dan perniagaan  ini pada kalian berdua. Ayah hanya memberi dua pesan utama agar kalian berjaya seperti ayah tapi mampu merasai kekayaan tersebut lebih lama" 

"Pertama jangan biarkan sinar matahari menyinari kulitmu secara langsung terlalu lama, karena mungkin gen kanser kulit ini akan diwarisi kepada kalian."

"Kedua, dalam perniagaan, jangan  menagih hutang daripada pelanggan."
  
Setelah memberi pesan tersebut si ayah meninggal, tanpa sempat memberi penjelasan yang lebih lanjut. Kedua anak tersebut berjanji akan memenuhi permintaan ayah mereka.

Kedua anak tersebut dibesarkan oleh ibunya. Setelah cukup umur, si  ibu memberikan perniagaan yang telah diwariskan oleh almarhum ayah mereka kepada kedua-duanya. Sepuluh tahun kemudian, salah satu anak menjadi anak yang sangat kaya raya, sedangkan satu lagi menjadi sangat miskin.

Si ibu akhirnya bertanya, kenapa salah satu menjadi miskin sedangkan yang satu menjadi kaya. Padahal keduanya memegang teguh nasihat ayah mereka.

Anak yang miskin berkata pada ibunya.

"Ibu, bagaimana saya tidak miskin. Ayah berpesan agar selalu menghindari matahari. Jadi setiap pagi saya mesti pergi kerja pakai kenderaan, sewa kereta, naik teksi, sekalipun sebenarnya jaraknya dekat dan boleh jalan kaki. Tentu saja hidup saya menjadi boros. Dan  ayah berpesan jangan menagih hutang dengan  klien. Tentu sahaja perniagaan saya tidak berjalan baik. Setiap kali ada hutang  yang tertuunggak saya tidak boleh memintanya sehingga lama kelamaan modal saya habis. Saya jadi bankrup dan miskin!"

Lalu sang ibu menoleh ke wajah anak yang kaya raya, menunggu jawapan. Kepada sang ibu anak yang kaya berkata;

"Wahai ibu, saya menjadi kaya raya seperti ini kerana mengikuti nasihat akhir ayah. Ayah meminta saya menghindar dari matahari, maka saya selalu pergi ke pejabat sebelum matahari terbit. Kalau dekat saya bpleh jalan kaki tanpa perlu takut sinar matahari kerana belum terbit. Apabila  saya selalu datang awal para pekerja saya   ikut berdisiplin tidak berani datang lambat. Sedangkan ketika pulang, saya selalu menunggu matahari terbenam, justeru saya selalu pulang lewat dari kebiasaan yang dilakukan oleh orang lain. seterusnya ayah berpesan jangan menagih hutang pada klien. Sebab  itu saya menerapkan sistem cash and carry, sehingga perniagaan saya sangat maju."

Demikianlah akhirnya si ibu tahu bagaimana satu nasihat yang sama telah ditafsirkan berbeza dan akhirnya membuahkan hasil yang sangat berbeza.

Sahabat, Terkadang  konsep dan penerapan jauh berbeza. Seringkali  kita melihat orang yang memegang kitab suci yang sama tapi berbeza jauh kualiti hidupnya, padahal keduanya sama-sama merasa berpegang teguh pada kitab tersebut. Sering kita lihat pegawai yang bekerja dengan peraturan organisasi yang sama tapi sikapnya jauh berbeza.  Kadang -kadang masalah utama bukan pada  peraturannya tapi bagaimana kita menerjemahkannya.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

BM said...

setiap org ada definisi tersendiri
tetapi jgn tersilap menafsir...

NzA said...

ada maksud berbeza dlm ayat yg sama....

Kalamhati said...

Ambo setuju..hmm rasa terbuka sikit minda..kdg2 kita terlalu rigid dgn sesuatu kebiasaan smpi kita takut utk melakukan perubahan yg baik

cucu umie said...

ayie pernah bace cerita ini tapi kalo orng berniaga memang kne mcm gitu pon..namepon mencari rezekikan..hehe

Afida Anuar said...

kalau saya kan shah,kalau ikut nasihat ayah tu, jangan menagih hutang... memang saya takkan minta hutang dari orang yang pinjam duit, habis bankrup la saya gamaknya;)

- abdul hadi abdul muti - said...

owh,pernah dengar cerita ni dekat ikim.fm

NaeBlog said...

Cg.iman, saya tertarik dgn ayat ini "Kadang-kadang masalah utama bukan pada  peraturannya tapi bagaimana kita menerjemahkannya"
Betul... segalanya terserah pada diri kita...

Qamaruls said...

thx share mannn..
bagus post kou nie.

alif haris said...

kebijaksanaan mentafsir itu perlu utk menjadi orag yg berjaya :)

iKhRam said...

cerita ini memang membuatkan saya berfikir.

kadang2 semua perkara dah ada, tetapi nak membezakan pencapaian seseorang adalah dari cakap mereka berfikir.

YUL said...

menarik, setiap org memiliki kelebihan dan kelemahan masing2 :)

Azham Vosovic said...

hehehe, sistem cash n carry.... bagus tu...

sahromnasrudin said...

setiap perkara harus diadaptasi mengikut keadaan persekitaran itu

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

suke nye entry ni...nk mintak izin share kat blog laaaa..TQ..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget